“Butt Facial”, bagaimana ia bekerja? Adakah ianya seperti rawatan wajah?
Vance Soto, pemilik Ole Henriksen Face & Body Spa di Hollywood Barat, berkata permintaan untuk butt facial semakin meningkat pada masa kini, semuanya bermula di kalangan selebriti.
Butt facial dilakukan sebelum karpet merah untuk sesuatu acara besar seperti Oscar dan Golden Globe.
“Kebanyakan selebriti seperti kita mempunyai kebimbangan terhadap badan mereka, malah jika terdapat cela di sesuatu kawasan, ianya boleh mengundang tekanan. Jadi rawatan ini membantu tahap keyakinan mereka yang ingin tampil sempurna di karpet merah,” jelas Soto.
Jadi bagaimana ia berfungsi?
Rawatan selama 50 minit yang dipanggil ‘Get Cheeky’ berharga $US160 di spa Ole Henriksen yang terkenal di Los Angeles. Rawatan ini melibatkan pembersihan, pengelupasan, penghidratan di tulang punggung, menegang dan mengetatkan supaya terlihat lebih berisi dan bulat – bertujuan untuk mempamerkan aset mereka. Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja (18 dan ke atas) yang mahukan aset mereka tampak seksi.
Penulis pun nak cuba buatlah rawatan punggung ni.. Rasanya ada tak di klinik sekitar Lembah Klang.