Berlangsungnya Piala Dunia 2018 di Russia saingan untuk mendapat pelbagai perhatian sudah menjadi perkara umum tidak kira pada kempen sukan, kesihatan mahupun makanan.
Syarikat makanan segera Burger King di Russia telah dikutuk keras kerana menganjurkan promosi khas untuk wanita yang mengandung semasa Piala Dunia.
Ia konon sebagai ganjaran kepada mereka yang dapat memiliki ‘gen dari pemain bola sepak terbaik’ dan ‘memastikan kejayaan untuk pasukan Russia pada masa akan datang’.
Masalah ini timbul setelah ahli parlimen Russia bertindak menggalakan para wanita untuk ‘bersama’ dan bercinta dengan para pelancong bagi menghasilkan anak campuran.
Isu ini mencabul hak kehormatan dan sensitiviti wanita lebih lagi berkenaan melakukan seks.
Tindakan Burger King untuk memberi burger percuma seumur hidup kepada wanita yang mengandungi telah dikutuk keras dan akhirnya akur dengan membuat permohonan maaf terbuka.
Semudah itu mereka fikir tentang ‘wanita’, sempit betul fikiran…