Antibiotik salah satu ubat yang paling kerap diambil oleh rakyat Malaysia. Cuba tanya pada diri anda, sejak bila anda mula mengambil antibiotik? Rata-ratanya akan menjawab sejak kecil dan sehingga sekarang.
Rupanya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.
Jadi selama ini penggunaan antibiotik hanya sia-sia untuk membunuh virus, ia hanya membunuh
Mikroorganisma bermaksud benda hidup yang bersaiz sangat kecil, yang hanya dapat diukur pada skala mikro. Terdapat pelbagai jenis mikroorganisma seperti kuman (bakteria), kulat (fungi) dan parasit.
Buat anda yang kerap mengambil antibiotik, ini yang perlu anda tahu dan berhati-hati tentang antibiotik.
#1 Kesan sampingan kecil iaitu loya, pening, muntah dan cirit birit. Manakala kesan jangka panjang pula boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, usus dan hati malah pengambil boleh menjadi pekak dan sawan.
#2 Boleh menyebabkan alahan seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.
#3 Antibiotik bertindak menghapus bakteria tak kira samada baik atau jahat. Ia tidak kenal samada yang mana satu perlu dihapuskan.
#4 Jangan ambil antibiotik ‘main-main’. Ia boleh beri kesan terhadap bakteria ia akan lebih senang membiak dan menjadi lebih kuat. Antibiotik sebelum ini terpaksa ditukar kepada yang lebih kuat. Jadi pastikan habiskan antibiotik anda!
#5 Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah hanya untuk membunuh bakteria. Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.
Dah faham? Apa yang paling penting sentiasa dapatkan rujukan doktor dan minum banyak air kosong sekiranya anda makan antibiotik. Sesetengah antibiotik dikumuhkan melalui buah pinggang dan larut dalam air kencing oleh itu banyakkan minum air untuk memudahkan penyingkiran sisa antibiotik melalui buah pinggang anda.