Tahniah kepada para wanita Arab Saudi yang kini sudah boleh memandu kereta!
Bila sebut memandu kereta, iya mereka layak memandu kereta apa sahaja termasuklah jentera Formula One.
Mahu mencipta rekod lain daripada yang lain, Aseel Al Hamad memilih untuk memandu Formula One sebagai permulaan. Dia kini adalah wanita pertama Arab yang memandu kereta litar dan menyertai pasukan permotoran Saudi Arabian Motorsport Federation.
Aseel bergaya dalam sut sukan dan topi keledar kemudian memandu Renault Sport Formula One Team E20 di litar F1 Le Castellet di Perancis.
Bukan calang-calang, Aseel Al Hamad kini mengetuai negaranya bagi FIA Women didalam Motorsport Commission yang dipengerusi oleh juara litar dunia, Michèle Mouton.
Sudah menjadi impian Aseel untuk terlibat dalam dunia sukan permotoran. Malah dia juga menyokong dalam perkembangan dan pendidikan wanita dalam dunia kejuruteraan, strategi dan polisi kereta di Arab Saudi.