Sana sini mukanya! Sejak bergelar pemenang program nyanyian Produce 101, Wanna One Kang Daniel sering menjadi pilihan produksi dan pengiklanan. Hal ini kerana “dirinya” merupakan branding yang cukup kuat di negara ginseng itu bahkan laku dalam sekelip mata.
Buktinya, Kang Daniel telah menduduki ranking pertama reputasi jenama sejak tahun lepas lagi dan akan meneruskan pengaruhnya sekali boleh. Keputusan indeks diukur berdasarkan pada liputan media, komunikasi, penyertaan dan komuniti oleh masyarakat di sana.
Hebat sungguh penangannya sehingga berjaya menjadi wajah untuk jenama ikonik Chanel. Baru minggu lepas, Kang Daniel telah dipilih menjadi wajah baru untuk koleksi barangan kemas musim panas 2018 dari jenama asal Perancis itu. Kerjasama itu membuatkan anak muda ini selebriti lelaki Korea kedua menjadi model selepas G-Dragon.
Untuk itu, Kang Daniel akan memperagakan koleksi terkini barangan kemas dan jam tangan Chanel di majalah Elle Korea. Dalam setiap gambar, Daniel memperagakan koleksi Coco Crush Ring, yang berharga dari $2,400 hingga $7,500 USD untuk setiap cincin. Manakala jam tangan J12 Untitled Watch yang dilihat pada pergelangan tangan Daniel berharga $5,700 USD.
Selain Chanel, Kang Daniel juga dilamar secara solo sebagai wajah baru untuk jenama alkohol Hite Jinro.
“Kang Daniel dipilih kerana imejnya yang muda, bertenaga dan periang sesuai dengan apa yang Hite Jinro kehendaki. Kami yakin Kang Daniel mampu mengembangkan mesej dengan pelbagai peringkat umur” – Hite Jinro
Kita dapat simpulkan di sini betapa orang Korea menyukai Kang Daniel, bukan sahaja yang muda malah berusia juga. Even aktres Song Ji-hyo tidak dapat menyembunyikan momen bahagianya ketika idol ini menjadi tetamu undangan Running Man.
Memang hebat sebab bukan orang sembarangan boleh bekerja dengan Chanel. Tahniah Kang Daniel!