Zaman sekarang adalah zaman semua orang suka berfesyen. Tengoklah gelagat budak-budak sekolah, baru tingkatan tiga pun dah pandai beli baju cantik yang jenamanya bukan calang-calang. Tapi, tak semuanya yang kita miliki betul tak?
Seiring dengan perkembangan dunia fesyen yang semakin mendapat permintaan, ramai juga peniaga yang mengambil kesempatan untuk menjual item-item replika (inspired) atau lebih mudah digelar barang tiruan. Tak ada bajet? Wanista ajarkan macam mana kamu boleh bergaya megah meskipun memakai beg berjenama tiruan.
#1 Elak Beli Beg Berlogo
Untuk nampak stailo, belilah beg tangan berjenama tiruan yang tidak dihiasi logo jenama seperti “Louis Viutton Neverfull MM” ni. Susah sikit nak cam original ke tidak.
#2 Perkakas Logam Warna Emas
Beg tangan replika biasanya mempunyai gred-gred tertentu. Jika ingin kelihatan mahal, pilihlah beg tangan replika yang mempunyai perkakas logam rona emas dan bukannya perak. Baik besi zip, logam tali beg mahupun punat kancing beg, pastikan semuanya berdasarkan rona emas tulen. Barulah nampak gah!
#3 Elak Material Berkilat
Terdapat perbezaan besar antara beg tangan berkilat berjenama dengan yang tiruan. Material berkilat seperti yang ada pada Lady Dior (gambar di bawah) akan kelihatan murah kalau ianya tiruan. Jadi untuk selamat, beli sahaja rekaan beg tangan replika yang guna material jenis kulit atau PVC.
#3 Lagi Simple Lagi Real!
Apabila terlalu sarat dengan perincian seperti taburan manik atau corak, beg replika terus akan kelihatan terlalu ‘tiruan’. Jadi lebih baik pilih yang ringkas dan minimal. Less is more!
Lepas ni kalau nak beli beg replika atau inspired tu pandai-pandai lah cover sikit. Guna tips Wanista ni untuk perhatikan rekaan beg tu. Kalau beg tiruan sekali pun, belilah yang ada ciri-ciri original sikit, barulah tak pecah rahsia korang. Selamat beramal! ❤