Negeri Terengganu terkenal dengan kekayaan pulau-pulau indah dan pantai yang mempesonakan. Ia menjadi tarikan utama pelancong asing untuk menginap dan melabur wang mereka bagi menikmati laut biru dan pasir pantai umpama mutiara.
Sudah menjadi perkara biasa untuk para pelancong untuk bersantai ditepian laut dengan memakai bikini terutamanya wanita.
Kerajaan Pas yang memimpin Terengganu tidak mempunyai halangan terhadap pemakaian bikini di kawasan pantai dan pulau peranginan negeri itu asalkan si pemakai bukan beragama Islam. Keputusan itu dibuat selaras dengan sikap toleransi kerajaan negeri dalam mengurus keharmonian masyarakat kerana pakaian bikini adalah hak pelancong bukan Islam dan dianggap lazim di kawasan pelancongan.
Namun dalam masa akan datang, satu perbincangan akan diadakan dengan pelancong asing untuk membuat satu perubahan mengikut kesesuaian.
Berharap perubahan dilakukan itu bagi mengelak perkara maksiat dan kurang sopan berlaku diantara penduduk tempatan yang majoriti di Terengganu 97% adalah Muslim.
Apa pendapat anda bila melihat sekumpulan gadis-gadis barat memakai bikini sambil anda dan sekeluarga (anak-anak) juga berada dikawasan yang sama?