Anda bukan kaki muzium dan jadi mengantuk jadinya kalau pergi ke sana.
Rasanya kalau anda pergi ke muzium baharu ini jadi teruja, kreatif dan mengantuk? Bukan lagi masalah!
Perkenalkan Museum of Illusions yang pertama di Asia yakni terletak ditengah bandaraya Kuala Lumpur. Museum of Illusions adalah muzium terbesar yang mengumpul pelbagai koleksi seni ilusi dan telahpun dibuka beberapa bandar besar di New York, Berlin, Dubai dan Toronto. Kuala Lumpur adalah muzium yang ketujuh dibuka.
Semalam penulis rasa cukup bertuah dapat bermain dan meneroka semasa pembukaan Museum of Illusions. Saat pertama kali mendengar Illusions, penulis membayangkan kita hanya bergambar dengan lukisan-lukisan besar yang biasa kita lihat rupanya tidak. Ia muzium yang memberi bingkisan ilmiah tentang peranan mata, otak dan cara kita berfikir.
Antara permainan paling menarik di Museum of Illusions yang penulis rasa anda tak boleh ketinggalan ialah:
Ames Room
Bilik yang anda boleh berubah jadi besar dan kecil dalam sekelip mata! Mungkin anda nampak ia seperti bilik biasa tapi dengan sedikit olahan pada lantai ia boleh mengubah saiz badan anda. Bolehlah buat aksi seperti raksasa ingin menerkam mangsa dengan rakan-rakan anda.
The Vortex Tunnel
Paling best, pelik dan menakutkan. Percayalah anda akan 100% menjerit apabila melalui jambatan yang membuatkan rasa pening dengan ilusi pergerakan melalui jambatan didalam sebuah silinder berpusing. Bagi penulis ini cabaran paling besar untuk keluar dari dunia ilusi kepada realiti. Wajib cuba!
Optical Illusions
Bukan lukisan yang hanya anda boleh bergambar tapi ia memaparkan lukisan yang membuatkan minda dan mata anda tertipu dengan ilusi yang dicipta. Pastikan anda dapat penerangan dari staff muzium, jika tidak memang akan bingung keseorangan.
Banyak lagi permainan minda yang anda boleh mencuba di muzium ini. Semuanya berkaitan dengan ilmu ilusi yang kita tidak pernah fikir dek akal.
Info Museum of Illusions:
Lokasi: Ansa Hotel (Tingkat 1 &2), 101 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 9 pagi hingga 11 malam (setiap hari)
Harga tiket: Dewasa RM 35 (MyKad) / RM 45 (Non-MyKad); Kanak-kanak (5-15 years) – RM 25 (MyKad) / RM 35 (Non-MyKad); Keluarga – RM 90 (MyKad) / RM 120 (Non-MyKad).
Hubungi/layari: 03-21102654 atau http://www.museumofillusions.my.
Wanista syorkan anda pergi ramai-ramai jangan pergi seorang tau.