Tidak ramai wanita yang berani untuk bercakap tentang penjagaan mahkota yang berada dibawah itu. Bagi pendapat diantara mereka isu kelamin tidak boleh berkongsi. Lebih baik dipeduli secara diam-diam, namun cara sebegitu boleh menyebabkan salah faham dalam penjagaan sebenar ia.
Alat sulit memang tersangatlah sulit untuk menjaganya juga. Sebab itu jangan sesekali kita memandai untuk melakukan pada ia. Silap langkah, memang merana menanggung rasa sakit pedih.
Wanista kongsikan 4 perkara yang patut anda elak lakukan pada si bunga itu…
#1 Kaedah wap vagina
Bukankah kaedah wap vagina ini dikategorikan sebagai cara mengembalikan kekuatan vagina dan kebersihan? Iya, tapi hati-hati girls kerana tidak semua orang sesuai dengan cara tersebut. Penggunaan herba dan kaedah wap air boleh memberi kesan sensitif dan iritasi tanpa kita tahu kemudian hari. Sebaiknya elakkan kaedah wap atau bertangkas dalam bahasa tradisional jika anda rasa ragu-ragu. Percayalah, rahim anda tak perlu dibersihkan melalui wap air.
#2 Meditasi D.I.Y
Anda takut untuk menggunakan produk secara medikal atau ubat-ubatan pada vagina tapi anda berani untuk merawat vagina dari bahan ‘herba’ d.i.y? Jangan sesekali untuk mencuba rawatan sendiri terutamanya pada kawasan penting anda. Manakan tahu dari campuran lemon, halia atau apa sahaja menyebabkan iritasi pada kulit vagina. Tak semua cadangan di laman internet dicadangkan untuk anda sayangku. Secara rasionalnya dapatkan sahaja khidmat dan rawatan di klinik.
#3 Masukkan benda asing
Cukup-cukuplah dengan tuala wanita, pil hormon dan banyak lagi perkara yang anda sudah cederakan ia. Jadi terlalu untuk melakukan perkara eksotik pada vagina dengan memasukkan benda-benda asing kedalamnya. Anda tidak tahu sejauh mana kebersihan pada barang tersebut.
#4 Kaedah ‘douching’
Mungkin agak janggal kita dengan ‘douching’ tapi wanita di barat mengamalkan ia sebagai salah satu cara membersihkan vagina selepas datang haid iaitu dengan menyembur air bersama cuka atau bahan pencuci khas kedalam vagina. Ia kononnya sebagai kebersihan mendalam tapi ia boleh membawa kepada jangkitan yang kita tak mahu pada saluran rahim.
Sebenarnya anda tak perlu nak obses untuk membersihkan bahagian mahkota itu. Vagina mampu bersih dirinya sendiri! Cara paling terbaik untuk menjaganya ialah dengan aturan pemakanan yang sihat dan kebersihan pakaian terutamanya seluar dalam.