Musim perayaan masih lagi berlangsung dengan jemputan rumah terbuka dan juga menjadi hos untuk rumah terbuka. Penat bukan? Kadang-kala menu di rumah terbuka juga anda sudah menjadi muak dan tidak larat lagi nak memasak.
Jangan risau, baru sahaja dilancarkan Tony Roma’s sekali lagi memperkenalkan hidangan besar iaitu Tony Roma’s Festive Sharing Platters yang boleh dinikmati sehingga 6 orang! Khas sempena musim perayaan sehingga 17 Julai 2018 termasuklah pada hari minggu dan cuti umum.
Terdapat tiga menu berasingan yang boleh dipilih iaitu dari Meriah Platter, Syukur Platter dan Nikmat Platter. Ketiga-tiga platter ini dihidangkan dengan daging lembu, kambing dan ayam yang menyelerakan dan berjus.
Wanista menikmati Nikmat Platter (RM280) yang menawarkan 10oz grilled Beef Brisket with spices, flame grilled Lamb Ribs Full Slab with honey plum sauce, hearty Beef Riblet basted with Tony Roma’s original BBQ sauce, marinated Lamb Cevapi with pickle onion dan 1/2 BBQ Chicken. Hidangan ini boleh dinikmati bersama enam hingga tujuh orang.
Paling Wanista suka semestinya daging tulang rusuk Tony Roma’s yang sangat lembut dicicah pula dengan sos pedas Tony Roma’s. Rendang memang dah tak ingat dalam kepala!
Dua menu lain iaitu Meriah Platter (RM180) terdiri 10oz grilled Beef Brisket with spices, 4 Lamb Shoulder with agave plum sauce, flamed grilled Lamb Ribs Roma Rack with honey plum sauce dan 1/2 BBQ Chicken. Manakala Syukur Platter (RM220) sesuai untuk enam orang makan terdiri 10oz grilled Beef Brisket with spices, 4 Lamb Shoulder with agave plum sauce, boneless Beef Short Rib, marinated Lamb Cevapi with pickle onion dan /2 BBQ Chicken.
Selain itu, anda boleh menambah hidangan sampingan seperti nasi, brokoli, pasta ayam dan kentang putar dengan hanya RM5.00 setiap satu.
Minuman pula, Wanista telah mencuba Kurma Banana Chocolicious (RM17.80) iaitu campuran kisar pekat buah pisang, kurma dan sirap coklat. Selain itu terdapat juga Pandan Soy Delight (RM17.80), Creamy Mango Tango (RM15.80) dan Pineapple Lemony Tea (RM12.80) dimana turut didatangi bersama Tony Roma’s Festive Sharing Platters.
Agak-agak hujung minggu ada keluarga atau rakan nak serbu rumah, ajak mereka bersama-sama serbu Tony Roma’s buat rumah terbuka disana!