Gempar! Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan berita Puteri Mako yang sanggup meninggalkan takhta diraja dan keluarganya semata-mata untuk hidup semati dengan pilihan hatinya yang berasal dari golongan rakyat jelata. Terkini, Puteri Ayoko pula membuat kenyataan bahawa beliau mahu berkahwin dengan jejaka biasa dan khabarnya cuma seorang pekerja di syarikat perkapalan.
BACA: Mengejut! Puteri Mako Umum Batal Kahwin Dengan Tunang Tahun Ini
Menurut tradisi diraja Jepun, jika wanita daripada keluarga diraja mengahwini orang biasa, serta-merta status diraja pada diri mereka akan lucut. Hanya lelaki berketurunan raja yang bisa berkahwin dengan orang biasa dan masih kekal dalam keluarga diraja.
Lapor Agensi Rumah Tangga Imperial Jepun pada Selasa lalu, anak ketiga yang merupakan puteri bongsu kepada Putera Takamodo iaitu sepupu Maharaja Akihito itu dikatakan bakal berkahwin dengan pria biasa, Kei Moriya berusia 32 tahun.
Meskipun bakal meninggalkan keluarga dirajanya, Ayako dikatakan akan menerima pampasan yang dijangka berjumlah jutaan dollar. Ayako dan pasangan pilihannya akan menangguh perkahwinan sehingga Februri tahun depan dan menyatakan mereka masih dalam proses perkenalan dan belum bersedia untuk berumah tangga dalam masa terdekat.