Bila datang bab mengemas rumah mesti ada yang tak tahu mana nak mula dahulu. Apa yang perlu dikemaskan selain menyapu, mop lantai, kilatkan tingkap atau mengelap habuk.
Mungkin ada perkara yang anda terlepas pandang untuk mengemas sehingga dalam diam ia sudah berubah menjadi medan perang dunia yang entah kali berapa. Jadi bersiaplah untuk mengemas 5 perkara ini hanya untuk setahun sekali.
#1 Langsir
Sebenarnya ada orang lima tahun tak tukar langsir baru tapi itu tidak mengapa asalkan langsir itu tetap dicuci setahun sekali. Perangkap habuk dan bau hapak ialah pada langsir anda, jadi ia adalah langsir paling utama untuk anda bersihkan. Namun langsir di dapur dan bilik mandi wajib dibersihkan sekurangnya dua kali setahun kerana bukan sahaja habuk, tempias dari minyak masakan dan air basahan pasti melekat.
Cara untuk membersih secara berkala, anda boleh vakum pada setiap bulan pada permukaan langsir bagi menarik segala habuk yang melekat.
#2 Tilam
Siapa disini anggap tilam sebagai teman rapat jadi wajiblah untuk anda sentiasa bersihkannya. Mungkin anda sentiasa mencuci cadar dan selimut tapi tilam juga perlu dimanjakan walaupun setahun sekali! Kaedah paling mudah ialah dengan vakum sahaja pada setiap sisi tilam anda. Jika terdapat tompokan (kotoran) gunakan gel pencuci dan berus hanya pada bahagian tersebut. Anda boleh keringkan tilam menggunakan pengering rambut pada tahap sederhana.
#3 Kabinet dapur
Jika anda jenis setiap hari memasak mungkin tidak mengambil masa yang lama untuk mengemas dapur, namun buat mereka yang hanya 3 kali setiap 6 bulan memasak baik check ini betul-betul. Buang segala bahan memasak yang sudah tamat tempoh atau hampir pada tarikh tersebut. Cuci dan bersihkan kabinet, perkakas yang sudah lama terperuk didalamnya, takut dah jadi sarang lipas dan cicak. Eeuuww..
#4 Almari
Setahun sekali sebelum almari anda roboh dengan pakaian lama baik mula mengemas dari sekarang. Inilah masanya untuk menyusun atur semula trend fesyen, warna dan pakaian sudah tidak muat. Sebelum anda mengemas pakaian anda, pastikan anda sudah tahu hendak beri pada siapa (jika anda sayang pakaian itu) dan selebihnya dihantar kepada pusat kitar semula. Bukan setakat mengemas pakaian, malah bersihkan dan lap almari anda itu ya.
#5 Lampu dan kipas
Kalau ikutkan penulis tak perlu tunggu setahun sekali untuk bersihkan terutamanya kipas. Kalau dah tak rasa angin kipas itu, tandanya anda kena buka dan cuci. Sama juga dengan mentol lampu bukan kerana kadar elektrik rumah semakin perlahan tapi banyak habuk pada lampu anda.
Rumah yang kemas dan bersih bukan sahaja memberi keselesaan pada anda sekeluarga malah para malaikat yang memberkati keharmonian rumah. Ingat tu…