Bila bicara tentang gaya hidup masyarakat Korea, rasanya tidak akan habis. Dari rutin penjagaan wajah ke fesyen, makanan serta pelbagai lagi, kita cukup taksub mahu mengetahuinya. Mengikuti beberapa bintang Korea di Instagram, penulis menyedari terdapat satu cara bergambar yang menjadi kegilaan selebriti di sana.
Apabila mengambil gambar, nampaknya mereka cenderung untuk meletakkan kedua tapak tangan ke muka mereka, lagaknya seperti menongkat dagu. Trik ini membuatkan penampilan tampak makin comel walaupun dalam gambar hitam putih.
Bae Suzy
Bila anda nak tidur, tapi terpaksa bergambar.
Shin Min Ah
Ada empat cara bergambar menongkat dagu. Mana paling korang suka?
Kim Ji Won
Inilah masanya nak serlahkan wajah korang yang bersih dan bebas dari sebarang cela.
IU
Orang lawa menongkat dagu pun nampak lawa.
Sandara Park
Dah macam kena paksa bergambar. Kesian!
Kim Yoo Jung
Aesthetic gambar ini, padanan ton warna light pink.
https://www.instagram.com/p/BLtdqDQg999/?utm_source=ig_embed
Lee Sung Kyung
Nampak macam bunga pula.
Jessica Jung
Bila dekat restoran, memang ramai bergambar sebegini.
Jangan lupa cuba okay cara gambar macam ni. Tag Wanista sekali ♥