Zaman sekarang, siapa sahaja yang tak selfie. Pantang sahaja nampak port menarik, teruk klik….
Jika anda seorang beauty junkies, salah satu perkara terbaik yang perlu dilakukan semasa melancong ke luar negara adalah mengunjungi kedai konsep jenama yang dikehendaki. Banyak jenama kecantikan mempunyai kedai konsep yang unik yang memenuhi keperluan pelanggan di bandar-bandar yang berbeza, menawarkan perkhidmatan dan produk yang tidak dapat ditemui di negara sendiri.
Jadi, bila merancang nak travel, jangan lupa buat research kedai konsep dengan dekorasi paling cantik dan menarik jika anda berada di kawasan itu! Dan lagi satu jangan lupa selfie sakan di sana ye…
3CE – Seoul, Korea
Siapa pernah pergi? Penulis masih belum berkesempatan, tapi melihat pada koleksi gambar rakan-rakan rasa cemburu memuncak.
Srba-serbi merah jambu, terletak betul-betul di pusat kecantikan yang sibuk Myeondong. Setiap level, mengandungi konsep yang berbeza, mempamerkan gabungan kosmetik 3CE dan StyleNanda. Menariknya di sini bukan setakat menjual kosmetik, tetapi ada juga Pink Pool Cafe yang terletak di tingkat 5. Kafe ini direka seperti kolam renang terus dari era Amerika 1950, lengkap dengan kerusi kolam untuk duduk. Di sini, anda boleh memilih menu seperti kopi, teh, dan jus atau pencuci mulut.
Chanel – Paris
OMG jauhnya! Tapi bila dah minat dan ada duit lebih, apa salahnya melancong sampai ke Paris.
Keseluruhan kedai konsep masih mempamerkan warisan tradisional Coco Chanel. Jika anda ingin membeli koleksi kecantikan Chanel, ini butik pertama ada di Perancis. Butik ini menempatkan semua koleksi mekap Chanel, termasuk terdahulu dan baru. Lagi satu, di sini memaparkan keseluruhan koleksi minyak wangi dari keluaran pertama sehinggalah yang terkini.
Sulwhasoo – Seoul, Korea
Kedai konsep utama yang terletak di Gangnam ini mempunyai 5 tingkat dengan tema yang berbeza.
Ada tingkat fokus kepada Zon Warisan yang menempatkan sejarah, falsafah, bersama-sama dengan melihat produk baru dan bermusim. Ada juga perkhidmatan spa yang menawarkan pakej anti-penuaan yang mewah menggunakan herba perubatan turun-temurun Korea. Terdapat juga Sulwhasoo Balance Spa di tingkat keempat, yang merupakan pengalaman spa yang lebih santai di mana anda boleh melihat pemandangan menakjub di Dosan Park.
Innisfree – Pulau Jeju
Mendapat jolokan ‘rumah’ Innisfree tersenarai sebagai destinasi pelancongan oleh Korean Tourism Organisation. Hebat bukan?
Innisfree adalah jenama K-Beauty yang menggunakan bahan-bahan semulajadi dari Pulau Jeju, no wonder digelar rumah Innisfree. Di sini, anda boleh membeli produk dan merasai pengalaman eksperimen setiap produk. Pada masa yang sama, anda juga boleh merasai pencuci mulut dan makanan organik dari Pulau Jeju. Anda juga boleh membuat sabun dengan bahan-bahan semula jadi yang berasal dari Pulau Jeju dan bawa balik.
Sephora – Shanghai, China
Dari luar sahaja sudah menunjukkan betapa gah seni bina kedai konsep terbesar di Shanghai ini.
Dengan tema berjalur hitam dan putih, kedai konsep ini mempunyai 5 tingkat yang menempatkan lebih daripada 7,000 produk – syurga terbaik untuk beauty junkies. Rata-rata berpendapat kiosk untuk wangian paling menarik untuk diterokai kerana ianya berbeza di tempat lain, setiap minyak wangi dibahagikan kepada beberapa segmen – aroma yang sesuai untuk hadiah, kerja, atau mengikut tarikh.
Ambil gambar banyak-banyak bila berkunjung ke sini okay!