Jika sebelum ini, Wanista pernah mendedahan wajah cantik dan matang anak perempuan aktor Shah Rukh Khan iaitu Suhana Khan. Kali ini Wanista tidak lupa untuk berkongsi foto-foto terkini anak sulung Shah Rukh Khan dan Gauri Khan yang semakin menarik perhatian a.k.a handsome lah!
Aryan Khan yang berusia 21 tahun sedang sibuk menyambung pelajaran di University of Southern California di Amerika Syarikat dalam jurusan perfileman.
Walaupun mempunyai akaun Instagram, Aryan tidak selalu mengakses dan berkongsi gambar-gambar sendiri. Lantaran itu peminat dan pengikut sentiasa menunggu gambar-gambar terkini Aryan melalui keluarga Aryan ataupun teman-temannya.
Baru-baru ini Shah Rukh Khan dan sekeluarga menghadiri majlis pertunangan rakan selebriti Akash Ambani di Mumbai dan kemudian bertolak ke Barcelona sebagai mengakhiri percutian keluarga.
Semasa di Mumbai, terlihat Aryan Khan sempat menghadiahkan selfie bersama bapanya dan Karan Johar. Lengkap dengan sut biru gelap dan tali leher hitam memberikan gaya segak pada di kacak ini.
Karan Johar menggelarkan Aryan Khan sebagai ‘godson’ didalam kapsyen gambar ini!
Melalui akaun Twitter ibunya pula, terlihat kemesraan Aryan bersama bapa dan adik bongsu AbRam di jalanan Barcelona. Cuba lihat pada kaki mereka bertiga sedondon dengan jenama kasut Balenciaga yang hampir mencecah RM5 ribu.
Gambar kedua pula, Aryan cuba lagak bak model disamping AbRam comel disisi. Wanista rasa dengan ketinggian 173cm yang dimiliki Aryan dah layak untuk dia mencalonkan diri dimana-mana agensi modelling. Lagipun pakej memang dah lengkap!
Fakta menarik tentang Aryan, dia pernah muncul sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham. Aryan berlakon sebagai anak kecil semasa montaj awal filem tersebut bersama Jaya Bachchan.
Kalau anda rasa tak puas lihat wajah kacak Aryan yang mempesona boleh cuba stalk di akaun Instagram @___aryan___ tapi kena bersabarlah kali terakhir dia post gambar pada Disember 2017!