Oh Neelofa!
Susuk tubuh Neelofa kita sering tahu tak pernah membalut busana biasa-biasa. Dia boleh digelar sebagai ratu fesyen Malaysia kerana kerap kali mengayakan jenama seperti Emporio Armani, Tommy Hilfiger, Salvatore Ferragamo dan banyak lagi.
Bukan setakat tubuh, kepala Neelofa juga diwrap selendang Gucci dan turban Donia Allegue yang harganya boleh mencecah ribuan ringgit.
Tubuh genit yang berketinggian 153cm menjadikan Neelofa gemar memakai kasut tumit tinggi yang bikin orang gayat melihatnya. Pilihan kasut tumit tinggi Neelofa sememangnya strong statement dan menjadikan ia pengakhiran yang puas apabila menatap segenap inci fesyen dari atas kepala hingga kehujung kaki.
Well, well, well… Seperti biasalah pada kakinya juga tidak tertinggal untuk menitip perincian jenama mewah.
#1 Christian Louboutin
Kasut tumit tinggi bertapak merah yang boleh dikatakan Neelofa antara selebriti Malaysia yang mengumpul koleksi Christian Louboutin. Penulis percaya Neelofa mempunyai pelbagai jenis rekaan dan warna CL kasut tumit tinggi pumps ini.
#2 Giuseppe Zanotti
Jangan keliru dengan jenama CL, walaupun kelihatan seakan namun jenama Giuseppe Zanotti tidak mempunyai tapak merah. Rekaan pumps dari Giuseppe Zanotti ialah jenis fish mouth iaitu mempunyai lubang pada hujung kasut. Neelofa kadangkala buat penulis percaya kasut tumit tinggi sebegini sebenarnya sangat selesa untuk berjalan.
#3 Balenciaga
Cantik! Cantik! Cantik! Penulis suka sangat bila lihat Neelofa gaya skirt separa lutut bersama but tumit tinggi dari Balenciaga ini. Cukup elegan dengan kualiti sleek dan kilatan fabrik pada kasut berharga $1,290 iaitu anggaran RM5,212. Dari perhatian penulis, Neelofa mungkin memiliki lebih dari satu Knife Boots Balenciaga.
#4 Celine
Jangan ingat Neelofa hanya pandai gayakan beg tangan Celine, kasut dari jenama yang sama pun dia pulun. Penulis sangat suka bila Neelofa tampil kemas dan kasual bersama boots Celine yang berharga lebih kurang RM3055. Baru-baru ini juga Neelofa juga tampil dari koleksi terbaru Celine ‘Elliptic Heel Atymetrica ketika melibur ke Berlin.
Tak puas tengok citarasa fesyen Neelofa? Apa kata beralih pula dengan adiknya, Little Miss Khan yang pernah penulis bingkiskan tentang koleksi beg tangannya. Baca: ‘Untung Kaya’! Ameera Khan Ada 7 Beg Chanel Dan Banyak Lagi.
Tips untuk punyai pengayaan fesyen yang sempurna bak Neelofa ialah dengan mula mengupah jurugaya. Heeeeee~~