Pernah heboh dahulu tentang kewujudan berus yang diperbuat daripada bulu khinzir. Ternyata, ramai masih terlepas pandang dan tak ambil endah tentang pemilihan berus mekap.
Untuk pencerahan semua, Wanista ajarkan cara membezakan berus mekap sintetik dengan berus yang diperbuat daripada bulu bintang.
Tentang Serat Bulu Berus
Bulu berus sintetik biasanya diperbuat daripada sumber plastik dan nilon yang dicipta untuk menyerupai helaian rambut atau bulu binatang manakala bulu berus binatang asli adalah bersumberkan helaian bulu yang biasanya diambil daripada kambing, khinzir, anak kuda, tupai dan lain-lain.
Bulu Binatang Lembut, Sesuai Menyapu Solekan Serbuk
Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan, berus mekap yang berasaskan bulu binatang lebih lembut teksturnya. Misalnya, bulu kambing sering dijadikan berus bedak dan berus pemerah pipi kerana seratnya yang lebih lembut dan mampu memberikan sapuan produk yang lebih sekata pada permukaan kulit.
Manakala, bulu cerpelai (yang diambil daripada bahagian ekornya), anak kuda dan tupai pula sering dijadikan berus solekan mata kerana ia mampu meratakan produk secara tepat.
Bulu Sintetik Lebih Sesuai Untuk Sapuan Solekan Berkrim
Menurut jurusolek profesional, mereka banyak menggunakan berus sinteteik untuk menyapu solekan berasaskan krim seperti bedak asas (foundation), cream contour dan lain-lain. Sebab itu apabila dicuci, sellaunya kesan warna produk akan melekat pada bulu dan sukar hilang. Ini kerana serat bulu sinteteik adalah dariapda plastik jenis nilon, taklon dan natrafil.
Cara Kenal Pasti Berus Bulu Khinzir
Beruntung andai penjual melabelnya dengan tanda “HARAM” atau berupa peringatan agar pengguna muslim tidak memegang dan membelinya tanpa menyedari di toko-toko yang menjual berus. Di Sephora juga ada sesetengah berus mekap yang akan dilitup dengan plastik dan diletak label menandakan ia adalah berus yang diperbuat daripada bulu khinzir.
Ada beberapa cara bagaimana kamu boleh mengenal pasti sama ada bulu berus tersebut adalah sintetik atau bulu binatang iaitu dengan membakarnya. Jika bau bulu berus adalah seperti bau daging terbakar bermakna ia adalah bulu binatang asli. Satu lagi cara adalah dengan melihat hujung berus… Jika ia bercabang, itu mungkin bulu khinzir.
MUA Ajar Kenal Pasti Berus Bulu Sintetik & Bulu Binatang
Jadi hati-hati kalau membeli berus secara atas talian. Ini kerana penjual gemar mengambil stok daripada Taiwan dan sekitar China kerana harga pasanranya jauh lebih murah. Memang bulu binatang itu lebih halus tetapi dunia hari ini menawarkan pelbagai jenis bulu sintetik yang juga bertekstur lembut biarpun harganya sedikit mahal.
Semoga ilmu ini bermanfaat untuk semua! ❤