Monday, April 19, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home News

5 Sebab Rosmah Mansor Terpikat Dengan Tas Tangan Jenama “Bijan”

by Afiqah Syamin
July 4, 2018
28
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sejak seminggu lalu, heboh diperkatakan tentang jumlah harta rampasan milik mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Apa yang paling menarik perhatian adalah sejenis beg tangan eksklusif yang dikatakan antara item paling mahal diperolehi dari rampasan berkenaan dan ia buatan asli jenama mewah, BIJAN.

Jenama Mahsyur Untuk VVIP

Asalnya adalah jenama fesyen yang fokus kepada penghasilan helaian untuk lelaki, BIJAN adalah jenama yang dibangunkan seorang pereka berjiwa besar kelahiran Tehran bernama Bijan Pakzad. BIJAN juga terkenal sebagai seorang pencipta minyak wangi yang tiada tandingannya.

Rambut Datin Seri Rosmah Mansor Tarik Perhatian Global

February 26, 2015
Sumber:Facebook Suara Rakyat

“Demi rakyat, saya tiada masa lagi untuk hobi” – Datin Seri Rosmah Mansor

February 28, 2014

Lihat Hiasan Dalaman Butik Bijan di Baverly Hills

Menurut sebuah laporan, BIJAN banyak guna material unik yang dijahit tangan termasuk kulit buaya, baldu, sutera, kashmir mewah, bulu tikus Chinchilla, kulit kanggaru dll.

Mendiang Bijan Pakzad bersama teman wanita yang merupakan seorang peguam, Mahtab Mojab. Sumber: Bijan

Untuk pengetahuan semua, butik utama BIJAN di Baverly Hills ada menyediakan sebuah ruangan di tingkat atas menempatkan puluhan bingkai gambar mempamerkan para pelanggan tetap Bijan -golongan selebriti, tokoh negara, presiden seluruh dunia serta para jutawan.

#1 Setiap Rekaan Cuma Ada Satu Hingga Dua Unit

Terhad! Baik helaian kot, kemeja, beg, mahupun tali leher yang boleh dibeli serendah RM7,000 sehelai itu semuanya adalah eksklusif kerana setiap rekaannya hanya mempunyai satu hingga dua unit sahaja di dunia ini. Sesiapa yang memakai barangan BIJAN dianggap elit dan bertuah kerana hanya mereka seorang memilikinya.

Sumber: blogpspot/passion4luxury

#2 Terima Pelanggan Berdasarkan Temu Janji

Bukan calang-calang pelanggan yang diterima masuk ke butik BIJAN tau?! Menurut polisi butik, mereka hanya menerima pelanggan apabila temu janji dibuat. Tuntutan itu menjadikan BIJAN antara jenama fesyen terulung meski kurang dikenali masyarakat kelas pertengahan. 

IKLAN

Chandelier butik yang dihiasi lebih 1,100 botol wangian BIJAN. Sumber: Pinterest

#3 Beg Tangan Dihiasi Intan Berlian & Kulit Binatang Eksotik

Sejak kematian Bijan Pakzad, anaknya Nicolas yang kini merupakan Pengarah di BIJAN menawarkan servis made-to-order untuk koleksi beg tangan yang rata-ratanya boleh dihasilkan mengikut permintaan dan cita rasa pembeli.

Perincian logam pada beg kulit buaya rekaan BIJAN dihiasi butiran berlian. Sumber: Pinterest

Tiada sebarang harga diletakkan di laman sesawang [www.bijan.com] malahan, pembeli berpotensi diminta mengisi borang bagi mendapatkan nilai beg tangan yang mahu ditempah.

#4 Kalau Tak Ada RM400,000 Jangan Mimpi Masuk Butik BIJAN

Item termurah yang boleh dibeli di BIJAN adalah berupa sepasang stokin berharga sekitar RM403. Bahkan, setiap pelanggan yang berkunjung ke butik mewah itu sekurang-kurangnya akan membelanjakan RM400,000 dalam satu-satu masa. Gila!

Butik BIJAN di Baverly Hills. Sumber: Pinterest

#5 Pilihan Warna Yang Pelbagai

Tak seperti jenama fesyen lain yang hanya menumpukan palet rona tertentu mengikut musim, BIJAN tawar pelbagai rona menonjol seperti kuning, ungu, biru, merah, hijau dll. Perkara ini menarik lebih ramai orang untuk mencintai jenamanya kerana tawaran pilihan merangkumi seleksi warna memukau.

Sumber: robbreport.com

“THAT’S MY JOB, TO SHOW PEOPLE WHY YOU PAID THAT MUCH” –Bijan Pakzad

Sedikit sebanyak, cerita beg tangan termahal milik Rosmah Mansur ini membuka mata kita untuk mengenali jenama fesyen elit seperti Bijan. Empayar fesyen itu kini diambil alih oleh anak lelakinya, Nicolas Bijan.

Anak lelaki tunggal Bijan Pakzad, Nicolas Bijan. Sumber: Pinterest

RUJUKAN 1, 2, 3, 4

Tags: Beg Kulit BuayaBeg Tangan BIJANBIJANBijan PakzadButik BijanHarga Beg Tangan BijanJenama BIJANrosmah mansor
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

‘Bersihkan’ Kawasan Intim Dengan Lakukan Brazilian Wax Di Sekitar KL

Aktres Cantik Ini Buktikan Bahan Dapur Pun Boleh Buat Muka Flawless

Trik Pelik Untuk Kekal Muda, Wanita Dedah Guna Susu Badan Saja!

Jangan Terlebih, Dos Yang Betul Patut Kamu Ambil Suplemen Vitamin C

Kereta Terbalik Tiga Kali, ‘Beauty Guru’ Jeffree Star Kemalangan Teruk

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.