Baru sahaja beberapa jam tular dilaman sosial misi untuk mencari kehilangan bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi akhirnya terjawab apabila pihak polis menjumpai bayi ‘hilang’ itu dirumah pengasuhnya sendiri.
Pada awalnya, pihak pengasuh memberitahu bayi tersebut dibawa lari oleh seorang lelaki semalam. Namun pihak polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuh.
Hasil geledah dan siasatan terperinci bahagian siasatan jenayah mendapati mayat Adam Rayqal Mohd Sufi dijumpai di dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuh itu kira-kira jam 11 malam tadi.
Mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.
Polis sudah menahan pengasuh yang berusia 33 tahun bersama rakan serumah yang berusia 36 tahun. Mayat bayi dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Sementara itu di media sosial, netizen sibuk berkongsi maklumat tentang pengasuh kejam yang dikenali sebagai Qayla Adriana Aoki (Nor Aqi’Dz).
Wanista mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap keadilan dapat dituntut untuk adik Adam Rayqal Mohd Sufi. Al-Fatihah.