Baru-baru ini kecoh tentang satu jenama fesyen atas talian, Boohoo, apabila menggunakan khidmat model yang boleh dianggap ‘kurang sempurna’ kerana memiliki tanda regangan di bahagian punggungnya. Menjadi perdebatan netizen apabila foto itu kemudian dimuat naik dan disebar untuk tatapan umum tanpa sebarang suntingan dibuat terlebih dahulu bagi menutup cela model berkenaan.
Hal itu mendapat pujian ramai meskipun secara dasarnya model itu tidak menepati ciri fizikal standard yang dibutuhkan sebagai seorang peragawati.
Kita semua mudah mendapat tanda regangan pada bahagian-bahagian tubuh yang mengumpul lemak seperti pinggul, payudara, perut, lengan dan peha membuatkan ramai meyedari tindakan Boohoo itu adalah tepat kerana berani tampil memperjelas isu body positive.
Punca Tanda Rengangan Muncul Pada Kulit Sekitar Tubuh
Menurut perbincangan pakar, separuh purata wanita di dunia ini mempunyai tanda regangan sekitar tubuh badan mereka. Memang betul! Penulis yang kurus melidi ni pun ada stretch marks tau.
Tanda regangan bermula dari lapisan dalam kulit yang kemudiannya timbul ke permukaan sehingga menampakkan bentuk rekahan yang nyata berwarna putih atau lebam kemerahan. Sekarang dah jelas kenapa stretch marks susah nak hilang?
Kenapa Wanita Yang Sering Dihinggap Tanda Regangan?
Hormon memainkan peranan penting terhadap kemunculan tanda regangan ini. Kata Dr.Oz, wanita akan diserang tanda regangan dalam tiga peringkat sepanjang hidupnya iaitu:-
- Semasa hamil, apabila perut semakin membesar mengikut usia kandungan
- Semasa seseorang wanita itu naik berat badan
- Semasa seseorang wanita mengalami fasa pecutan pertumbuhan (lazimnya berlaku ketika zaman anak gadis sekitar tempoh awal akil baligh)
Solusi Menghilangkan Stretch Marks
Menurut Dr.Oz, tanda regangan boleh dihilangkan secara berperingkat. Antaranya dengan menggunakan:-
- Krim atau losyen yang mengandungi vitamin C. Sapukan krim berkenaan pada bahagian kulit terlibat dan amalkan dua kali sehari untuk galak penghasilan kolagen.
- Laser. Tenaga cahaya akan menembusi lapisan epidermis dan bantu mengaktifkan dermis untuk memulih tanda regangan. Namun, rawatan laser ini perlu dilakukan tiga hingga empat sesi.
- Krim Tretinoin. Krim ini boleh dibeli dari klinik dan farmasi atas pemantauan doktor. Harganya agak mahal namun mampu memudarkan tanda regangan secara efektif.
- Microdermabrasion. Beli sahaja alatan microdermabrasion dan lakukan sendiri di rumah. Mesin ni beri sensasi getaran pada kulit yang bantu pertumbuhan sel kulit baru.
Nak rawat tanda regangan ni perlukan masa, jadi jangan terlalu percaya dengan krim-krim murah yang ada di pasaran kerana tiada cara mudah untuk menghilangkannya. Selamat beramal! ❤