Suka travel? Ramai je anak muda sekarang yang suka mengembara secara solo dan adakalanya ditemani sekumpulan rakan-rakan yang sama jantina. Bagi perempuan muslimah, itu lebih mudah kerana tak perlu fikir tentang bajet penginapan. Bila bercuti sesama anak dara sunti ni, untung-untung boleh ‘sumbat’ semua orang tinggal satu bilik betul tak?
Namun, berapa ramai yang jelas tentang keselamatan sewaktu berada di negeri orang? Menurut laporan pelancongan terkini, ini lapan buah negara yang bahaya dikunjungi wanita secara bersendirian.
#1 India
Selain merupakan negara yang tinggi dengan kes berkaitan seksual seperti kesalahan mencabul dan rogol, pemberontakan juga sering berlaku di tempat tumpuan awam seperti di pasar, stesen kereta api, hotel, masjid, restoran dll. Wanita tak digalakan melancong ke sini melainkan bersama lelaki.
#2 Turki
Sepanjang tahun lalu, kecelaruan politiknya telah memberi impak besar terhadap keselamatan awam. Sejak 2016, amaran telah dikeluarkan di beberapa daerah terhadap kelakuan pemberontakan dan jenayah senjata api terutamanya di tempat awam. Elak bersemuka dengan penjual atau peniaga yang agresif.
#3 Mexico
Banyak kejadian rompak dan culik di Mexico. Pelancong wanita tak digalakan pergi secara solo bahkan ramai orang tempatan suka mengambil kesempatan menipu serta memberi servis palsu kepada pelancong asing. Hati-hati dengan makanan dan minuman kerana takut dicemari dadah.
#4 Colombia
Kejadian culik dan pemberontakan kerap berlaku bahkan, aktiviti pengedaran dadah juga sangat berleluasa di negara ini. Untuk itu pelancong wanita dinasihatkan elak berjalan seorang diri lebih-lebih lagi di waktu malam dan jangan sesekali leka terhadap barangan peribadi berharga.
#5 Peru
Menurut sumber, Peru adalah negara yang paling banyak direkodkan dengan kes penipuan kad kredit, aktiviti merompak, kecurian kereta serta penculikan. Hati-hati dan sebaiknya jaga barangan peribadi dan naik sahaja pengangkutan awam.
#6 Ecuador
Meskipun negara ini tersenarai sebagai negara yang peramah kerana penduduk setempatnya yang mesra namun, kes rogol, pencabulan, kecurian di bilik hotel serta jenayah penyeluk saku sangat berleluasa.
#7 Mesir
Ibu kota Mesir, Kaherah dianggap paling tidak selamat untuk wanita kerana terlalu banyak diskriminasi. Ramai wanita yang berjalan di kaki lima juga berisiko diserang dan terdedah dengan gangguan. Kaum wanita sangat tertindas dan mempunyai akses terhad terhadap perubatan, perbankan dan pendidikan.
#8 Brazil
Meskipun pemandangan bukit dan laut sangat cantik di negara kepulauan ini, pelancong wanita tidak digalakan bersendirian kerana sama seperti India… Kes rogol, pencabulan dan keganasan seks sangat berleluasa.
Ada sesiapa yang pernah melancong di lapan negara ni? Cuba kongsikan pendapat korang dengan kami di bahagian komen.