Yang pasti kita mesti belajar dan menyesuaikan diri. Satu pose tidak boleh berfungsi selama-lamanya.
Kalau bintang Korea obses dengan gaya “menongkat dagu” yang terserlahkan imej comel. Lain pula supermodel yang memilih cara “ini”.
“Migrain Pose” atau “Headache Pose” merupakan teknik cara bergambar yang menjadi pilihan supermodel hebat di Instagram.
Pose cara ini agak mudah. Semasa mengambil gambar, anda hanya perlu meletakkan tangan di kepala lagaknya seolah-olah anda sakit kepala, yang pasti perletakan tangan tidak canggung bila dilihat. Katanya ia memberi anda sesuatu yang perlu di lakukan dengan tangan supaya tidak awkward atau asyik dengan gaya peace sahaja.
Istilah migrain pose dikatakan dicipta oleh jurusolek Nam Vo, memberitahu kepada Elle; “Saya menyukainya pose ini kerana menonjolkan kesenian pada tangan dan memberikan sebuah gambar lebih banyak struktur. Saya selalu menyuruh model saya melakukan pose ini.”
Tetapi melalui pemerhatian penulis, rasanya BTS V dah lama obses dengan gaya ini sebelum Nam Vo claim dia yang cipta.