Nampaknya tahun ini dan tahun hadapan akan ramailah pengantin perempuan mirip Meghan Markle, Duchess of Sussex.
Busana pengantin Meghan dari rekaan Givenchy telah pun memberi banyak inspirasi tradisional dan bersederhana sebagai seorang pengantin, begitu juga pada solekan dan gaya rambutnya.
Jika ada yang benar-benar mahu mengikuti gaya beliau, pasti mahu lengkap dengan sarungan tiara antik yang direka khas pada tahun 1932 untuk Ratu Mary. Ya, tiara yang dipakai Meghan ketika hari perkahwinannya bukan milik Meghan tapi nenek kepada Ratu Elizabeth.
Mendapat permintaan tinggi, sebuah laman fesyen khas The Royal Look For Less telah mengeluarkan sendiri tiara replika bak Meghan dalam versi murah. Ia bukanlah dari sentuhan batu berlian berkilau tapi diperbuat menggunakan besi yang disalut perak dan diletakkan batu berlian jenis rhinestones a.k.a bukan batu berlian original.
Tiara ini diklasifikasikan sebagai ‘English classic’, ditengah-tengah tiara tersebut diletakkan dengan 10 batu berlian yang diambil pada tahun 1893.
Penulis juga cukup berkenan dengan rekaan tiara ini, ringkas dan elegan pada masa yang sama. Nak beli? Anda boleh beli secara atas talian di theroyallookforless.com.
Selamat Pengantin Baru!