Memang seronok bila lihat ibu dan ayah atau pasangan tua masih lagi mesra bercinta seperti orang muda. Jauh disudut hati pasti tertanya bagaimana agaknya mereka boleh menyimpan perasaan kasih sayang begitu lama. Bukan seperti orang sekarang, tak sampai sebulan berkenalan sudah rasa bosan dan ingin bertukar-tukar pasangan.
Sebelum ini Wanista pernah mendedahkan rahsia kebahagian 70 tahun Ratu Elizabeth dan Putera Philip bersama. Kali ini kita ambil pula dari idola cinta Amerika Syarikat iaitu bekas Presiden, Barack Obama dan isteri.
Rumah tangga Barack dan Michelle Obama telah terbina selama 25 tahun dan apabila bila ditanya tentang rahsia kejayaan tersebut, Obama memberi tiga soalan ini…
#1 Adakah si dia anda rasa seorang yang menarik?
Bukan sahaja menarik pada pandangan mata anda tapi pada hati juga. Si dia akan berada disamping anda buat selama-lamanya pasti anda mahukan yang terbaik. Malah tiada apa yang lagi penting selain daripada mendengar apa sahaja dari mulut si dia.
#2 Adakah si dia buat anda ketawa?
Benarlah, sama seperti Ratu Elizabeth kunci kebahagiaan terletak pada sikap lucu. Ia daya penarik diri dan membuatkan dua hubungan lebih segar.
#3 Adakah anda rasa dia boleh menjadi ibu atau ayah yang baik untuk anak-anak?
Hidup ini panjang jadi anda memerlukan daya sokongan yang kuat dan juga lama. Cuba lihat pada personaliti dan diri pada bakal pasangan anda. Inikah yang anda mahu pada anak-anak anda.
Dari ketiga-tiga soalan ialah jawapan untuk memutuskan samada adakah dia pasangan yang tepat untuk anda bersama buat selama-lamanya atau sebaliknya