Di dunia K-Pop, terdapat banyak suara emas yang menangkap hati dan halwa telinga setiap pendengar. Dengan suara feminin tetapi cukup strong, mereka menjadi kebanggaan sebagai vokalis terbaik.
Terdapat banyak penyanyi wanita Korea yang mempunyai suara harmonis tetapi akan sentiasa ada melebihi yang lain. Beberapa penyanyi wanita ini diketahui bukan sahaja miliki wajah cantik, suara yang cukup mengasyikkan tetapi juga mempunyai stamina bila beraksi di pentas. Korang confirm akan ternganga bila melihat mereka melontarkan vokal dan melakukan rutin tarian. Beyond Perfection!
IU
IU memulakan kerjaya muziknya pada usia 15 tahun. Mula meningkat naik dengan lagu “Good Day”, di mana dia mampu menyanyi sehingga tiga nota berturut-turut di penghujung lagu itu. Vokalnya sangat mudah dikenali dan dia berkebolehan menyanyikan pelbagai genre muzik. Dia juga adalah komposer dan menulis untuk lagunya sendiri, jadi tidak hairanlah dia digelar “Nation’s Sweetheart”.
Ailee
Setiap kali mendengar lagu “I Will Go To You Like The First Snow” untuk soundtrack drama Goblin, penulis goosebump. Ailee adalah salah seorang vokalis hebat dalam dunia K-Pop. Dia mempunyai kawalan yang luar biasa terhadap vokalnya, dia membuatkan sesuatu teknik dan nota kelihatan mudah.
Lee Hi
Lee Hi menjadi terkenal selepas muncul naib juara dalam program K-Pop Star musim pertama dan menandatangani kontrak dengan YG Entertainment. Miliki suara yang matang dan unik terutama untuk usianya yang masih muda. Bukan itu sahaja, emosi yang disampaikan dengan vokalnya membuatkan setiap persembahannya luar biasa, ikhlas dan penuh jiwa.
Taeyeon
Merupakan ketua kumpulan dan main vocal Girls Generation. Dia dianggap oleh pengkritik muzik dan penyanyi senior lain sebagai salah seorang vokalis terbaik generasi masa kini. Vokalnya sangat bersih dan mampu memukul hampir apa sahaja nota.
Sunmi
Lagunya catchy, rutin tarian yang seksi dan ikonik, miliki fashion sense, penuh karisma bila beraksi di pentas malah vokal yang stabil – Sunmi sememangnya punya aura tersendiri dan full of surprises. Sunmi akan terus bersinar sebagai bintang solo dan mengecapi setiap kejayaan dalam keriernya.
Penyanyi kegemaran korang tersenarai tak?