Terdapat pelbagai jenis produk kecantikan yang ditawar di pasaran. Tidak hanya tertumpu kepada kedai runcit atau pasaraya besar ternama, peniaga tempatan yang melariskan jualan menerusi atas talian juga tidak kurangnya mempromosikan seleksi produk kecantikan yang terdiri daripada syampu, sabun badan, mekap dan krim pencuci wajah.
Sebaik melihat video ulasan (review) dan gambar-gambar testimoni, ramai di antara kita yang lekas percaya sekaligus terpengaruh untuk membeli produk tanpa mengkaji ramuan dan bahan yang terkandung dalam sesebuah produk itu. Ini Wanista senaraikan beberapa nama-nama kandungan berbahaya yang lazimnya terdapat dalam syapu, sabun mandian serta alat solek.
#1 Fragrance: Krim Pelembap, Deodoran, Losyen, Krim Wajah, Syampu
Fragrance atau wangian beri reaksi keradangan terhadap kulit. Individu yang sensitif kepada bahan ini boleh kekurangan sel darah, rosak buah pinggang, jejas pertumbuhan janin serta risiko menghidap penyakit darah anemia.
#2 Parabens: Mekap, Krim Pelembap, Gel Mencukur, Syampu, Sabun
Sifatnya menyerupai estrogen yang bisa menggangu kualiti hormon manusia serta sistem endokrin. Ini akan mengalak pertumbuhan payudara dalam kalangan lelaki, menggalak penyimpanan lemak dalam badan serta menghilangkan jisim otot.
#3 Triclosan: Ubat Gigi, Deodoran, Sabun Antibakterial
Sejenis agen anti-kuman. Meskipun ianya mampu memerangi kuman, kegunaannya boleh menyumbang kepada halangan penghasilan antibiotik dalam badan.
#4 Propylene Glycol: Skrub, Sabun Badan, Mekap, Ubat Gigi
Pengguna yang terlalu terdedah kepada bahan kimia ini boleh mengalami gatal-gatal kulit, radang, ketidakfungsian buah pinggang dan hati, menghalang pertumbuhan sel kulit yang disebabkan iritasi.
#5 Oxybenzone: Produk Pelindung Matahari
Menyerupai estrigen yang berlegar di dalam sistem tubuh, ia akan membantutkan penghasilan sperma malah, juga dikaitkan dengan ketumbuhan luar rahim dalam kalangan wanita.
#6 Sodium Lauryl/Laureth Sulfate (SLS/SLES): Syampu, Foundation, Pencuci Muka, Ubat Kumur
Mengundang alergi serta iritasi yang menyumbang kepada penyakit kulit serius seperti dermatitis atau ekzema, kekeringan, kulit bersisik dan lain-lain.
#7 Retinol (Vitamin A): Produk Bibir, Pelindung Matahari, Produk Anti-Penuaan
Doktor biasanya akan menasihatkan ibu hamil untuk mengelak sebarang produk yang mengandungi Retinol (Vitamin A). Walaupun Vitamin A membawa kebaikan, ia sebenarnya boleh merosakan DNA serta mengaktif pertumbuhan tumor kulit.
#8 BHA (Beta Hydroxy Acid): Skrub, Minyak Wangi
Dianggap salah satu “Human Carcinogen” atau punca kanser kepada manusia. Ia juga mampu merosakan fungsi hati dan menyebabkan pelbagai jenis kanser perut. Ia juga boleh mengganggu sistem pembiakan manusia serta kadar hormon tiroid.
Kalau boleh, sila elak menggunakan produk kecantikan harian yang mengandungi semua ramuan berbahaya ini okay? Selamat beramal! ❤