Demi nyawa anak, seorang ibu muda di Indonesia sanggup bertaruh nyawanya dengan seekor buaya.
Yadi Putra, 11 nyaris menjadi santapan buaya apabila diheret ke sungai telah diselamatkan oleh ibunya sendiri setelah mendengar jeritan pertolongan. Rasmi yang berusia 37 tahun tekad berenang ke tengah Sungai Teluk Dawan demi anak lelakinya.
Kejadian berlaku apabila Yadi Putra hendak mengambil air di sungai tanpa sebarang lampu dan tanpa disedarinya seekor buaya mengintipnya tajam. Baru sahaja turun ke sungai, dia telah diterkam pada bahagian kiri lengan dan dibawa 15 meter jauh dari lokasi.
Mangsa yang bertubuh kecil itu hanya mampu menjerit meminta tolong dan bernasib baik kerana didengari oleh Rasmi yang sedang berada di rumah.
Tanpa fikir panjang, si ibu terus berenang ke arah anak dan buaya tersebut. Akibat takut melihat Rasmi dengan serta-merta buaya itu melepaskan Yadi.
“Melihat anak saya mengapung di tengah sungai, saya beranikan diri untuk berenang ke tengah sungai demi merebut dan menyelamatkan anak saya. Syukur Alhamdullilah, anak saya masih hidup dan selamat dari maut. Akibat kejadian tersebut anak saya mengalami luka robek akibat gigitan buaya tersebut di bagian lengan kirinya.”
Rasmi bersyukur anaknya dapat diselamatkan dan hanya cedera dibahagian lengan kiri. Aksi Rasmi mendapat tumpuan ramai kerana dia sanggup terjun berhadapan dengan binatang buas kerana anaknya. Benarlah, kasih ibu memang tiada tandingan.