Tak sempat nak berbangga dengan pencapaiannya lagi, Miss Korea yang baru sahaja mendapat gelaran dikritik hebat netizen. Dah kenapa?
Setelah dinobatkan sebagai Miss Korea ke-62, Soo Min Kim, 23, menerima begitu banyak kecaman daripada netizen sehingga memaksanya menutup akaun Instagram buat sementara waktu.
Kim, yang mewakili Gyeonggi dalam pertandingan ratu cantik tahunan di Seoul pada hari Rabu lepas, menerima hadiah biasiswa dan wang tunai bernilai $90,000.
Diingatkan kemenangannya mendorong netizen mengucapkan tahniah di akaun peribadinya tetapi jangkaan meleset apabila ramai netizen membanjiri Instagram Kim dengan kritikan dan mesej berbaur kebencian kerana rupa paras. Pada mereka Kim miliki rupa paras yang “biasa-biasa” dan tidak layak mewakili Korea.
“Secara jujur, kakak saya lebih cantik daripada dia,” tulis salah seorang netizen dalam bahasa Korea.
“Dia mempunyai beberapa ciri menarik, tetapi tidak layak mendapat gelaran Miss Korea.”
“Dia begitu biasa… Bagaimana dia jadi Miss Korea?”
“Dia kelihatan berusia 30 tahun.”
https://www.instagram.com/p/BjD8z5uBO5A/?taken-by=sookim1001
Apabila dia membuka akaunnya semula, Kim menapis dan memadamkan komen negatif di setiap koleksi fotonya.
Soo Min Kim, yang bercita-cita mahu menjadi wartawan, menuntut ilmu dalam bidang perniagaan di Dickinson College di Pennsylvania. Hobinya termasuk menari, menyanyi dan meniru suara orang.
Serius keji sungguh netizen Korea… Agaknya yang membawang tu cantik dan layak ke bertanding untuk Miss Korea?