Hujung minggu lalu penulis bertuah dapat menyaksikan persembahan teater daripada karya pengarah Wang Chaoge yang pernah membuat Upacara Pembukaan Sukan Olimpik 2008. Persembahan teater berkisarkan tentang sejarah dan budaya Melaka yang pelbagai.
Menariknya tentang teater ini bukan sahaja pada garapan dan plot cerita tetapi pada rekaan bangunan ini juga. Menurut dari arkitek Wang Ge, pengunjung sudah mula melihat persembahan saat pertama mereka melihat bangunan Encore Melaka. Memang tidak dapat dinafikan, bangunan Encore Melaka terletak gah dengan rekaan futuristik.
Fakta menarik tentang teater Encore Melaka
#1 Bahagian luar bangunan daripada jubin porselin dan diletakkan dengan beribu lampu LED.
#2 Encore Melaka merupakan teater paling terbesar di Asia Tenggara, yakni mampu memuatkan 2000 penonton pada satu masa yang sama.
#3 Platform penonton boleh berpusing 360 darjah untuk memberikan lebih banyak keseronokan ketika persembahan dan ia adalah inovatif teknologi pementasan pertama di Asia Tenggara.
#4 Warna bangunan yang diterangi putih dan biru memberi maksud kepada kesucian dan keabadian.
#5 Pintu masuk pengunjung ke teater dilengkapi dengan kanopi organik.
Pementasan teater berdurasi selama 70 minit mengarap enam kisah hebat yang diinspirasikan daripada identiti masyarakat Melaka yang berbilang bangsa dan hidup harmoni. Usaha untuk memberi pengalaman yang sama ketika menonton, Encore Melaka menyiapkan cerita dalam 3 bahasa sekaligus iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.
Pengalaman penulis sendiri ketika menonton Encore Melaka memang terasa singkat masa 70 minit. Gaya penceritaan kaya dengan isi sejarah Melaka sejak awal pembukaan dari Parameswara sehinggalah kisah iringan penduduk Melaka yang kini bersatu padu.
Sepanjang persembahan akan kejutan demi kejutan daripada teknologi pementasan ini. Pertama kali penulis dapat melihat hujan turun dalam teater dan penulis kagum dengan kostum dan lakonan dari 200 pelakon tempatan. Cukup puas rasanya dapat menonton teater digarap hebat dari pengarah terkemuka China dan melihat lagi bangunan gah di Melaka selain Taming Saring dan kota A Famosa.
Info dan tiket Encore Melaka:
Lokasi: No. 1 Jalan KSB, Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200, Melaka.
Waktu persembahan sehingga 31 Julai: Isnin – Jumaat: 8:30 malam, Sabtu: 5:30 petang dan 8:30 malam, Ahad: 2:30 petang dan 5:30 malam.
Waktu persembahan 1 Ogos dan keatas: Isnin – Sabtu: 5:30 petang dan 8:30 malam, Ahad: 2:30 petang dan 5:30 malam.
Harga tiket: VIP RM 528 (MyKad) / RM 568 (Non-MyKad); Premium RM 228 (MyKad) / RM 248 (Non-MyKad); Standard – RM 128 (MyKad) / RM 148 (Non-MyKad); Wheelchair – RM 98 (MyKad) / RM 98 (Non-MyKad).
Hubungi: https://encore-melaka.com atau 06-270 7777
Selamat menonton!