Tak susah pun hendak menjaga kecantikan jika perkakas yang kita ada tu lengkap dari A hingga Z. Seperti gadis dan wanita di Korea, meskipun cuaca di sekeliling mereka tidaklah begitu ekstrem seperti kita di Malaysia namun, kesejahteraan kulit dijaga rapi agar penampilan sentiasa kelihatan menawan. Mekap tidak lagi penting kalau kulit sudah memang cantik betul tak?
Senang sangat nak dapatkan penampilan yang gah bak bintang Korea kalau ada lima item ni…
#Masker: Fresh Calming Quick Morning Mask (RM115)
Paling malas nak pakai masker sebab kena cuci kan? Laneige tampil dengan inovasi masker segera berbentuk mousse ini yang boleh dipakai setiap pagi agar tekstur dan keadaan kulit tampak bermaya sekaligus menjadi segar. Tak perlu cuci, lepas mandi boleh terus pakai. Mekap pun jadi cantik nanti.
#Toner: Fresh Calming Balancing Toner (RM120)
Nak kesihatan kulit yang seimbang kenalah pakai toner. Boleh kecutkan liang roma, toner juga bertindak membaiki kekeringankulit serta rasa kerengsaan. Seperti toner campuran air laut dalam dan ekstrak laici ni, minyak muka pasti terkawal dan kulit rasa nyaman je!
#Esen: Water Bank Hydro Essence (RM179)
Jangan tak tahu, kandungan esen ni adalah sangat mewah tau! Air esennya diekstrak daripada sayuran ubat seperti Kale, Watercress dan Bettroot kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral untuk kulit yang sentiasa lembap dan berkilau.
#Gincu Lembap: Stained Glasstick (RM85)
Maklumlah, orang Korea mana suka mekap tebal-tebal. Bila kulit dah cantik, cukup sekadar memakai solekan nipis seperti olesan dari gincu yang memiliki tekstur berkilau ni. Seperti gabungan pengilat bibir, gincu ni boleh buat bibir korang nampak lebih natural dan dapat melebap.
#Bedak Kusyen BB: BB Cushion (Whitening/Pore Control) (RM155)
Tak perlu sesakan kulit dengan foundation tebal. guna je kusyen BB. Hanya perlu tekap perlahan pada kulit. Ia berfungsi menutup pori serta cela dengan beberapa tekapan lembut. Disebabkan kusyen BB ni bertekstur cair, kulit lebih senang nak menyerap dan dapat melekat lebih lama. Minyak muka mesti berkurang!
Untuk pengetahuan semua, botol dan paket pembungkusan kelima-lima produk dari koleksi Sparkel My Way ini adalah edisi terhad -dihiasi ilustrasi pereka Kim GunJoo. Semarakan keaslian wajah dengan koleksi germalapan dari Leneige x Kim GunJoo yang boleh didapati di mana-mana kaunter atau butik Laneige seluruh Malaysia hari ini.