Pengetahuan tentang dunia kecantikan semakin terbuka. Pengguna lebih bijak dalam memilih jenama dan produk yang berasaskan kepada bahan semulajadi terutamanya dari tumbuhan. Kesan daripada itu, berlumba-lumba pengeluaran produk dengan statement bebas segala bahan kimia dan tidak melalukan ujian terhadap haiwan.
Kalau disenaraikan buahan atau tumbuhan yang digunakan dalam produk kecantikan tidak tahu panjangnya. Tapi yang biasa kita tahu ialah dari buahan citrus, rumpai laut, argan dan sebagainya.
Kebetulan penulis menerima produk penjagaan wajah dari Fresh iaitu pencuci muka berasaskan dari kacang soya. Jarang sebenarnya mendengar produk kecantikan terutamanya penjagaan wajah dari soya. Jadi benarkah soya mampu membersihkan wajah sekaligus memberikan nutrisi baik pada kulit?
https://www.instagram.com/p/BlAFA9MgVRT
Melalui pencuci muka FRESH Soy Face Cleanser, mari kita sama-sama rungkaikan kebaikan kacang soya untuk kecantikan kulit wajah.
Sesuai untuk semua jenis masalah kulit
Ia bahan yang paling lembut pada kulit jadi jika anda kulit kering, berminyak, kombinasi atau sensitif semua boleh guna! Namun ia lebih bermanfaat kepada kulit kombinasi dimana ia melembabkan kulit sambil mengurangkan minyak.
Vitamin E
Pertumbuhan sel kulit mati akan diperbaharui dengan pantas sekaligus menjadikan muka tampak berseri dan bermaya. Selain itu juga, antioksida yang terdapat dalam Vitamin E boleh melindungi kulit dari kesan bahaya radikal bebas, mengurangkan kedutan dan menjaga awet muda kulit anda.
Asid Amino
Dalam kandungan Soy Face Cleanser ditulis tentang kebaikan asid amino diyakini dapat menjaga keanjalan dan kesihatan kulit. Asid amino dalam kacang soya ialah bahan semulajadi melindungi, merawat dan mengstruktur semula sel-sel kulit.
Secara ringkasnya, terdapat kesan positif yang kulit boleh terima daripada kacang soya. Siapa sangka dari kacang soya yang boleh dibuat tempe, tauhu, susu dan kini produk kecantikan!