Misi 2033. Alyssa Carson yang kini berusia 17 tahun akan mencipta rekod sebagai manusia pertama menjejak kaki ke planet Marikh iaitu dijangka pada umurnya 32 tahun.
Walaupun hanya menunggu lagi setahun untuk Alyssa dilantik sebagai angkasawan secara rasmi tapi dia telah dilatih untuk misi besar dan mencabar.
Gadis berasal dari Louisiana ini sudah mula berminat dalam dunia angkasawan sejak berusia 3 tahun dan kemudian Alyssa juga adalah indvidu pertama menghabiskan tiga kali kem angkasa NASA di Huntsville, Alabama, Quebec di Kanada dan Izmir di Turki.
Latihan yang bakal disusuli Alyssa ialah dengan mendapatkan lesen terbang, latihan survival dalam air dan sijil menyelam skuba. Menjejak kaki ke planet yang sejuk bersuhu -60 darjah celcius bukan mudah, namun Alyssa tetap berminat untuk mencari sampel air di panet itu sebagai bahan uji kaji bagi mencari tanda-tanda kehidupan dan sejarah Marikh.
Mampu bertutur dalam empat bahasa iaitu Bahasa Cina, Sepanyol, Perancis dan Inggeris bukan menjadi masalah untuk Alyssa mendapatkan pelbagai nasihat pakar dalam khidmat angkasa. Misi yang memakan masa 18 tahun ini telah meletakkan satu syarat iaitu Alyssa tidak boleh berkahwin sehinggalah misi ini selesai.
Melalui teknologi terkini, perjalanan ke planet Marikh akan mengambil masa 6 bulan dan ditambah setahun lebih bagi menunggu penjajaran planet sebelum mendarat. Perjalanan pulang ke bumi pula selama 9 bulan, menjadikan Alyssa akan tinggal diangkasa selama dua hingga tiga tahun.
Semoga berjaya Alyssa! Cipta rekod sebagai manusia dan wanita pertama di Marikh 2033.