Minggu sudah, Kim Kardashian berkongsi gambar dirinya duduk terkangkang berpakaian dalam sambil di tangan memegang tin jus nanas berserta kapsyen “Google the benefits of pineapple juice ?”
Sejak itu, netizen mulai ingin tahu manfaat jus nanas. Walaupun terdapat banyak faedah jus nanas tetapi untuk bahagian intim masih belum diketahui kehebatannya. Menerusi Keeping up with the Kardashian, Kim ada memberitahu jus nanas boleh membuat vagina berbau wangi. Betul ke?
Baca: Keajaiban Nanas Untuk Kesihatan Rambut, Kulit & Badan
Kardashian acapkali memberi tips kesihatan secara rawak yang kita tidak tahu pokok pangkal kebenarannya, lagi-lagi yang melibatkan anggota badan yang tidak boleh sembarangan dijaga.
Untuk itu, Dr Lauren Streicher, pakar ginekologi dan pengarang buku Sex Rx: Hormones, Health, and Your Best Sex Ever mengulas tips tersebut.
“Orang berfikir nanas membuatkan vagina berbau wangi dan sihat, tapi perkara itu tidak pernah dikaji setakat ini.
Satu perkara yang pakar tahu adalah;
“Ia tidak normal untuk mempunyai bau faraj yang tidak menyenangkan. Itu kerana bau busuk pada faraj disebabkan pada cara pemakaian pad, jangkitan bakteria, perubahan P.H., jangkitan yis atau keadaan otot pinggul lemah yang berlaku ketika kencing, ” jelasnya.
Sekali lagi jus nanas tidak dapat membaiki masalah vagina berbau. Tidak ada bukti saintifik tentang sebarang pemakanan yang boleh membantu. Cara terbaik jika vagina anda megeluarkan bau kurang enak, maka dapat rawatan doktor pakar atau rangkaian penjagaan wanita yang berdaftar di farmasi.
Ingat bukan semua yang anda baca dan lihat itu berkesan. Sila dapatkan nasihat pakar sebelum mencuba!