Korang suka bauan yang macam mana? Floral? Kayu? Buah? Pedas? Penulis tidak kisah asalkan wangi dihidung sudah memadai. Penulis tak cerewet!
Nak tanya lagi, pernah beli minyak wangi selebriti, sama ada yang tempatan mahupun antarabangsa? Sebelum ini, terdapat satu momen di mana haruman selebriti adalah segalanya. Sana-sini mereka mengeluarkan minyak wangi dengan rekaan botol berwarna-warni yang dilukis nama pelakon atau bintang pop, tetapi kini ia tidak lagi mendapat sambutan dan telah digantikan dengan koleksi mekap.
Kalau sedang mencari minyak wangi yang baunya best tapi masih lagi murah? Wanista ada pilihan terbaik!
Justin Bieber – The Key
Ini favorite penulis!
Bau yang cukup menyenangkan gabungan buah mandarin dan pir berserta floral dari osmanthus dan jasmine. Hanya sembur sedikit di pergelangan tangan dan leher, anda kekal segar sepanjang hari. Lagi satu, botol The Key tersangatlah cantik dan eksklusif.
Sarah Jessica Parker – NYC
Ikon fesyen ini mengeluarkan banyak koleksi minyak wangi dan paling penulis suka ialah NYC.
Haruman fruity-floral gabungan daripada bunga osmanthus dan strawberi, memberikan personaliti yang sofistikated dan muda belia dalam satu masa.
Britney Spears – Fantasy
Korang mesti ada koleksi minyak wangi dari Puteri Pop ini?
Gabungan lychee, quince, coklat putih dan nota musk berkrim membuatkan baunya cukup menyenang, tidak terlalu keterlaluan – orang kata sedap-sedap dan kekal sepanjang hari. Paling penting ia murah dan recommended.
Ariana Grande – Ari
Botolnya sweet seperti penciptanya juga.
Juga menampilkan gabungan buah-buahan ke dalam setiap nota – pir, limau gedang, raspberry dan vanilla orchid. Sekali pakai, anda rasa ketagih.
Jennifer Lopez – Glow
Siapa beli minyak wangi Glow kerana terpengaruh dengan botol yang mengetengahkan tubuh badan ” S Line” JLo?
Glow menampilkan aroma yang lembut, seksi, segar – campuran daripada buah-buahan sitrus, bunga dan juga vanila.
Taylor Swift – Wonderstruck
Penulis tartarik sebab komersil yang dikeluarkan, Taylor kelihatan sangat manis sekali dan mempesonakan.
Dilabel sebagai wangian sempurna musim panas, haruman utama mempunyai rasa teh hijau dan raspberry, ditengahnya sedikit lembut campuran peach dan honeysuckle.
Kim Kardashian – Kim Kardashian
Bintang realiti ini tampil dengan haruman pertamanya dan sejak itu terus selesa mengeluarkan pelbagai koleksi.
Lari dari kebiasaan, minyak wangi ini mempunyai bau kayu yang merupakan signature Kim – onka bean, jacaranda wood dan sandalwood.
Rihanna – Reb’l Fleur
Siapa suka bau kelapa, this is for you!
Didefinisikan sebagai daring, seksi dan ikonik, Reb’l Fleur mempunyai sense dari tuberose, bunga raya dan air kelapa.
Buat masa ini favorite penulis masih lagi Justin Bieber The Key. Korang pulak?