Sebagai peminat filem, kita sering dijolok dengan pelbagai genre bahan tontonan, dari yang bersifat komedi, romantik hinggalah kepada seram. Namun berapa ramai disini yang gemar menonton filem yang dipenuhi elemen psiko?
Lazimnya filem seram hanya menampilkan watak-watak hantu semata untuk menakutkan penonton tetapi, jika jalan ceritanya diserlahkan dengan plot psiko yang sukar dicapai akal manusia, itu lebih syok kan? Jadi kalau kamu suka mencabar diri bergelut dengan debaran dan suspen, ini lapan filem psiko pilihan Wanista yang mampu buat kamu stress, namun berasa puas di akhir cerita.
#1 The Orphan (2009)
Filem ni sentiasa menduduki carta teratas sebagai filem psiko paling emosi untuk ditonton. Kita yang tengok ni pula rasa macam nak gila dibuatnya. Malas nak cerita banyak, korang yang belum tengok wajib tonton The Orphan.
https://youtube.com/watch?v=2ywOPNNii9w
#2 The Roommate (2011)
Dulu masa di universiti, penulis pernah dengar ada seorang student yang satu batch dengan penulis ni dapat roommate yang suka kurung diri dalam almari. Misteri tak? Kalau nak tahu macam mana perasaan bila dapat roommate yang pelik korang kenalah tonton!
#3 ATM (2012)
Bajet untuk hasilkan filem ni mungkin murah kerana hanya berlatarkan sebuah lokasi ATM tertutup dari awal hingga akhir ? Tapi memang tak berkedip mata sebab filem ni buat korang tertanya-tanya siapa dalang sebenar yang dengki sangat dengan tiga sekawan ni.
#4 When a Stranger Calls (2006)
All time favorite movie penulis! Berkisarkan tentang seorang anak gadis yang berkhidmat sebagai penjaga kanak-kanak. Suatu hari dia ditugaskan di sebuah rumah agam yang terpencil dan tanpa sedar telah diperhatikan entiti misteri yang sering mengganggunya dengan membuat panggilan menakutkan.
#5 The Visit (2015)
Musim cuti sekolah yang diharapkan berfaedah untuk tinggal di kampung nampaknya mendatangkan bahana. Yang disangka atuk dan nenek itu sebenarnya… Okay! Penulis bagi spoiler, babak yang paling ngeri adalah masa dua adik-beradik ni main nyorok-nyorok bawah rumah.
#6 Nerve (2016)
Filem ni mempunyai latar belakang mirip aplikasi permainan maut yang mencabar kewarasan manusia dipanggil “Blue Whale”. Gandingan hebat David Franco dan Emma Roberts, banyak babak yang buat jantung berdegup kencang melihat pemain Nerve sanggup menggadai nyawa demi menjadi kaya dan popular.
#7 Goodnight Mommy (2015)
Berkisarkan anak kembar yatim yang kurang kasih sayang dan sering ditinggalkan si ibu. Suatu hari mereka merancang untuk membunuh ibu mereka yang berkelakuan ganjil. Pengakhiran cerita ini memang tak disangka! Penulis percaya, tak akan ada sesiapa pun dapat meneka pengakhiran filem ni. Confirm mind blown!
#8 The Stepfather (2009)
Senang kata, jangan terlalu mudah percaya dengan orang yang baru kita kenali. Kadang-kadang kita tak tahu rupanya mereka sudah mempunyai rekod lampau. Lebih menakutkan, rupanya mereka itu adalah manusia bertopengkan syaitan macam lelaki kepalang dalam filem ni.
Sekali-sekala aktifkan adrenalin apa salahnya kan? Asyik tengok cerita komedi je buat apa, tak mencabar minda langsung. Nah, bila tonton filem-filem psiko ni at least otak tu berjalanlah sikit duk fikir ending dia macam mana. Selamat menonton dan berhari minggu semuanya! ❤