Sudah bermacam kisah terjadi pada Ivanka Trump sejak awal ayah beliau memegang tampuk utama dalam dunia politik Amerika Syarikat dan dunia.
Sebelum menjadi penasihat presiden, nama Ivanka Trump terkenal dengan rangkaian koleksi fesyen yang menampilkan pakaian, beg tangan, kasut dan aksesori. Beliau sering tampil berfesyen mengenakan dari koleksi rekaannya sendiri.
Menurut dari beberapa pakar pemasaran beranggapan mungkin bagi Ivanka ini suatu bonus untuk beliau memperkenalkan tentang jenama Ivanka Trump, namun ia silap. Dengan pelbagai kontroversi politik bapanya, Ivanka turut terkena tempias. “Siapa yang membenci presiden pasti akan merasakan jenama ini juga teruk, malah apa yang dibawa semuanya jijik.” ujar Eric Schiffer, pakar pemasaran dan pengurusan penjenamaan.
Kini jenama fesyen Ivanka Trump telah diusir keluar dari pusat-pusat fesyen terkenal Amerika seperti Nordstorm dan Neiman Marcus. Apa yang lebih memeranjatkan butik fesyen terbesar negara jiran Kanada iaitu Hudson’s Bay juga mengumumkan untuk tidak lagi menerima stok dan menjual koleksi Ivanka Trump.
Alasan yang diberikan ialah prestasi jualan Ivanka Trump sangat teruk merudum. Stor atas talian juga menamatkan kontrak seperti Belk, Jet, ShopStyle dan Home Shopping Network. Malah kini sedang rancak melakukan jualan diskaun khas untuk jenama tersebut.
Donald Trump menyelar beberapa tindakan stor yang ‘menghalau’ jenama Ivanka Trump dengan tuduhan tidak adil.