Melihatkan dunia yang semakin moden, ramai wanita seiring maju dalam penggunaan peranti sehebat lelaki. Ramai pereka inovasi hari ini melihat dunia teknologi boleh diperkembang dengan menerapkan identiti wanita ke dalamnya seperti ciptaan alatan mendengar earphone yang berbentuk sepasang anting-anting ini.
Merupakan rekaan versatile oleh sebuah syarikat pengeluar barangan elektronik bernama Scandi Electronics, mereka tampil dengan anting-anting yang diterap dengan sistem bluetooth ini yang kemudian boleh disambungkan kepada peranti peribadi lain milik pengguna untuk tujuan mendenagra lagu, menerima panggilan dan sebagainya.
Menurut pengasas syarikat Melissa Eldridge, anting-anting itu boleh berubah menjadi earphone dengan hanya sekelip mata. Lebih menarik ia dilengkapi sistem bateri yang boleh bertahan selama empat jam lamanya, tahan lasak dan kalis peluh. Bukan itu sahaja, jika ia dipakai ketika tidur, ia mampu memberi sensasi getaran mengikut ketetapan yang ditetapkan pengguna -berfungsi sebagai penggera.
Tonton Video Pengenalan Anting-Anting Bluetooh Swings oleh Scandi Electronics
Istimewa buat wanita yang menggilai aksesori peranti yang stailo, dengan hanya memutarkan butiran anting-anting itu, ia boleh bertukar menjadi putik earphone yang secara mudah disumbatkan ke lubang telinga. Jika tidak, ia boleh digayakan begitu sahaja sebagai anting-anting berciri futuristik menarik.
Buat masa ini, pengeluaran anting-anting itu masih dalam perancangan dan dijangka berada di pasaran menjelang April 2019. Terdapat dalam dua pilihan cantik yang boleh ditempah mengikut warna kegemaran seperti merah jambu, kuning dan beberapa warna lain, tiada lagi masalah untuk kamu kehilangan peranti alatan mendengar. Paling syok, tak perlu guna earphone yang mempunyai wayar berselirat itu lagi!