Peminat kerabat diraja Britain beranggapan Puteri Charlotte mempunyai persamaan dan rupa paras persis neneknya, Puteri Diana selepas foto mereka tular di media sosial.
Satu akaun Instagram, loveprincessdiana berkongsi foto Puteri Diana pada usia yang sama dengan cucunya dan ternyata mereka berdua punya banyak persamaan yang ketara. Foto yang diletakkan kapsyen ‘Princess Charlotte has Diana’s eyes’, dengan serta-merta telah mengumpul lebih daripada 8,000 like dan 274 komen sahaja.
https://www.instagram.com/p/BlVA2Sahiv1/?taken-by=loveprincessdiana
Rata-rata berkata Charlotte miliki bentuk mata dan bibir nipis Puteri Diana.
“She is mini queen ?”
“She has Lady Di’s jaw structure and bone structure as well”
Tapi ada juga yang tidak bersetuju, pada mereka Charlotte lebih mewarisi Ratu Elizabeth, lebih-lebih lagi mata Charlotte yang mempunyai pandangan sharp dan serius, berbanding Diana yang nampak redup.
“She looks very much like Queen Elizabeth, it’s like her tiny clone!”
“Never, she looks like Queen Elizabeth!”
“I have always thought that Charlotte has The Queen’s eyes.”
Tapi pada penulis bentuk mata Charlotte lebih ke arah Ratu Elizabeth. Setuju tak?