Bagi penggemar fesyen jalanan atau street style pasti kenal dengan jenama Monki yang bercirikan fesyen ringkas tapi memenuhi kehendak fesyen semasa.
Monki mula diperkenalkan pada tahun 2006 di Sweden dan merupakan stor pertama mereka disana. Jika anda hendak ke butik Monki di Malaysia, bolehlah pergi ke Nu Sentral, Sunway Putra Mall, One Utama, Sunway Pyramid dan IOI City Mall.
Bukan sahaja membuatkan kita berkenan dengan setiap rekaannya, malah penggunaan fabrik yang selesa juga menjadi salah satu sebab penulis sendiri gemar mengumpul koleksi Monki.
Dari Koleksi Denim AW18, Monki memperkenalkan fabrik denim 100% kapas organik. Satu set denim seluar, skirt dan jaket dimasukkan dalam koleksi ini bersama pelbagai warna, corak dan potongan.
Koleksi baru ini juga memastikan setiap rekaan bercirikan individualiti dan klasik potongan 90-an yang cukup trend dengan denim. Jadi denim anda tidaklah semuanya hanya warna biru semata-mata! Anda boleh pilih dari warna merah jambu, coklat mahupun bercorak polka dot!
Monki juga sudah bersedia memperkenalkan koleksi untuk musim luruh dan sejuk! Pilihan koleksi kali ini lebih kepada konsep vintaj serta mix & match.
Dari gaun labuh floral, kot tebal berbulu, baju panas sehinggalah kot labuh semuanya ada didalam Koleksi Musim Luruh/Sejuk AW18.
Jika biasanya koleksi musim luruh atau sejuk menggunakan tona sejuk, berbeza dengan Monki masih menyerlahkan gaya fresh and young!
Koleksi Denim AW18 akan menjengah stor akhir Ogos manakala Koleksi Musim Luruh/Sejuk AW18 pada awal Oktober.