Buat yang sudah lama menantikan kemunculannya, kamu pasti gembira dengan khabar berita ini! Jenama span solekan berbentuk telur terkemuka Beauty Blender akhirnya tampil melancarkan keluaran bedak asasnya sendiri yang diberi nama BOUNCE.
Menurut sumber, bedak asas itu akan berada di cawangan sephora (luar negara) pada 24 Julai ini dan ditawarkan dalam 32 rona pilihan pada harga RM130 sebotol. Katanya lagi, tekstur cecair bedak asas itu adalah ringan dan mampu menutup cela berat bahkan mampu bertahan sehingga 24 jam.
Meskipun mengejutkan ramai pengguna, ada juga dalam kalangan individy yang tiba-tiba naik berang lantas meninggalkan kata amarah ke atas phak Beauty Blender menerusi ruangan komen di Instagram.
Rea Ann Silva, Pengasas Beauyblender berkata, hampir dua tahun tempoh yang diambil untuk merealisasikan bedak asas ini malah, hampir berbulan-bulan ujian demi ujian yang dibuat dalam makmal untuk memastikan kualiti BOUNCE terjamin dan mampu memenuhi permintaan pengguna. “Hasilnya, ini adalah bedak asas yang mampu emmbuatkan kulit wajah terlihat seperti kulit semula jadi tanpa solekan mekap”, tambahnya.
Biarpun begitu, masih ramai pengguna tetap tidak berpuas hati dan mengeluarkan kenyataan maki hamun di Instagram gara-gara warna yang ditawarkan adalah berat sebelah di mana, pilihan warna untuk mereka yang berkulit gelap dan sawo matang adalah kurang berbanding pilihan warna buat mereka yang berkulit cerah.
That shade range is FUCKING UGLY!! Why are all the darker shades soo fucking red and orange? #BeautyBlender What a joke! Thank god I’ve never bought one myself bcos I’d cut it in half with scissors.✂️ https://t.co/5aQZSUZCTR
— C L A I R I S S A (@waresclairissa) July 18, 2018
Memang ramai yang marah dan mempersoalkan mengapa syarikat pengeluar solekan popular dan besar sebegitu tak mampu memberi pilihan yang lebih banyak buat pengguna yang berkulit hitam khususnya.
Apabila dihubungi, pihak Beautyblender hanya mampu menjelaskan bahawa sebenarnya, filter foto yang digunakan di Instagram yang telah membuatkan warna-warna bedak asas itu kelihata lebih cerah dariapda warna yang sepatutnya. Ini kerana menurut mereka, meskipun cuma tujuh warna gelap yang ditawarkan, terdapat lebih 11 warna lain yang sebenarnya berlatarkan gabungan rona-rona sedang untuk mereka yang berkulit serdehana gelap.
Untuk pengetahuan semua, Rea Ann Silva adalah seorang wanita berketurunan Latin jadi sudah tentu dia tahu betapa pentingnya untuk menghasilkan warna-warna foundation untuk mereka yang berkulit serdehana gelap hingga yang paling gelap. Ini kerana beliau sendiri turut memiliki tona kulit yang gelap.