Memang diakui kasut tumit tinggi merupakan pelengkap gaya seseorang wanita. Selain rekaannya yang cantik, tumit tinggi membuatkan wanita berdiri dengan gaya menawan berbanding berkasut rendah.
Malah ia menambah sentimeter pada si pemakai agar kelihatan segak bergaya. Sekali gus, ia meningkatkan keyakinan diri dan membuatkan si pemakainya lebih menarik. Erti kata mudah, penampilan anda from head to toe sempurna tengan tumit tinggi.
Semestinya idaman setiap wanita ingin miliki tumit tinggi dari jenama pereka fesyen hebat dunia yang sinonim dengan rekaan ikoniknya. Walaupun harganya mahal tapi kelainan memakai rekaan pereka ini membuatkan anda seperti terapung di awan.
Ini tumit tinggi paling ikonik dan popular sepanjang zaman…
Manolo Blahnik Hangisi Pump
Terima kasih kepada filem Sex and the City membuatkan tumit tinggi ini meningkat naik dan popular serata dunia.
Momen di mana Mr. Big melamar Carrie Brashaw dengan cara paling unik – tidak menyarung cincin berlian tetapi menyarung Manolo Blahnik Hangisi Pump rona biru laut.
Christian Louboutin So Kate Pumps
Tanpa ragu, reka bentuk yang paling klasik dan abadi dari Christian Louboutin. Tumit stiletto yang curam dan langsing akan memberikan kaki terbentuk dengan sempurna. Memadai jika anda miliki rona nude dan hitam.
Valentino Rockstud Pump
Chic dan moden, tumit tinggi ini mula diperkenalkan pada tahun 2010. Reka bentuk klasik dengan sentuhan Rock-‘n-roll membuatkan ia cukup unik dan cantik sekali.
Saint Laurent Tribute Sandal
Ilham tumit tinggi ini sebenarnya berkisarkan kasut penari tiang tetapi direka semula dengan cara feminin. Platform ini memberikan ketinggian kasut sambil mengekalkan tahap keselesaan. Itu yang penting kalau nak pakai kasut tumit tinggi.
Casadei Blade Pump
Kalau Meghan Markle lebih memilih Manolo Blahnik, Kate Middleton pula acapkali memakai reken Casadei. Rekaan minimalis membantu memanjangkan kaki, membuatkan ia tampak sempurna lebih-lebih lagi dipakai dengan little black dress.
Stuart Weitzman Nudist Sandal
Sandal ikonik ini direka untuk mendedahkan dan menonjolkan kulit pada kaki, memberikan rupa seksi. Didatangkan dalam pelbagai pilihan warna, rekaan ini menjadi pilihan ramai selebriti di karpet merah.
Tom Ford Ankle-Wrap Padlock Pump
Dipakai oleh selebriti seperti Kim Kardashian dan Jennifer Lopez, rekaan Tom Ford ini membuatkan penampilan tampak seksi walaupun sekadar berseluar jeans dan t-shirt polos putih.
Gianvito Rossi The Plexi Heel
Rekaannya simple tetapi seksi dan elegan dengan bahagian lutsinar di tengah. Membuatkan anda tampak tinggi dan sempurna dan sesuai digayakan dengan apa gaya sekali pun.
Yang mana paling korang nak beli?