Dilaporkan hampir 5,000 bayi dilahirkan oleh ibu muda iaitu berusia bawah 18 tahun dan 120 kes buang bayi pada 2017. Angka ini menunjukkan tanda serius mengenai keruntuhan akhlak dan moral generasi akan datang. Malah Jun tahun ini terdapat 1,664 bayi dilahirkan secara haram.
Dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr Wan Azizah komited untuk membanteras sebarang pornografi yang kian terdedah kepada masyarakat tempatan khususnya pada remaja.
Bayangkan hampir 22% pelajar sekolah aktif aktiviti seksual mengaku terpengaruh melalui pornografi.
Melalui kajian populasi dan keluarga Malaysia. 35.5% individu berumur diantara 13 hingga 24 tahun terdedah kepada pronografi. Melalui angka tersebut, 60.8% menonton dari Internet, 45% telefon pintar dan 20% dari CD atau DVD.
Lebih merisaukan ialah penggunaan telefon pintar dan Internet pada kanak-kanak yang tanpa pengawasan ibu bapa.
Demi membanteras gejala negatif ini, Kementerian memperkenalkan kempen khas ‘Smart Cyber Family’ sebagai kesedaran tentang penggunaan gajet dan aktiviti melayari Internet dengan berhemah. Ini juga bukan tanggungjawab kerajaan sahaja, malah ia memerlukan sokongan dari komuniti, ibu bapa, guru-guru dan rakan sebaya.