Tahukah anda Air Asia kini telah membuka laluan baru ke Australia iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Avalon di Melbourne?
Jadi apa yang menarik ada disana ialah destinasi damai Geelong sebuah bandar persisiran pantai dan terkenal dengan pelbagai makanan laut segar. Boleh dikatakan Geelong antara pusat makanan laut terbaik di Australia yang mempunyai pelbagai pilihan. Bukan itu sahaja rekaan setiap kafe hip dan restoran diolah dari kilang-kilang pertukangan lama.
Dari Avalon hanya mengambil masa 20 minit memandu ke Geelong atau satu jam dari Melbourne. Wanista kongsikan 5 spot paling terbaik di Geelong, Australia buat anda yang tercari-cari destinasi baru di negara koala ini.
#1 Portarlington – St Leonards
Kalau anda suka hayati keindahan alam semulajadi, anda wajib datang kesini. Anda boleh menaiki bot feri dari Port Phillip Ferries ke Melbourne’s Docklands dan Portarlington. Bukan sahaja melihat air biru, malah keindahan pergunungan You Yangs menghiasi perjalanan anda. Kalau anda bertuah dapat melihat bayang-bayang ikan dolfin!
#2 Point Lonsdale
Terletak rumah api Point Lonsdale dan persisiran pantai yang mesra untuk keluarga beriadah. Disana juga anda boleh menghabiskan masa dengan lepak di beberapa kafe atau restoran berhadapan laut. Point Lonsdale juga menawarkan aktiviti menyelam di sekitar Southern Port Phillip Bay dan Great Barrier Reef.
#3 Torquay – Angelesea
Torquay permulaan untuk jalan Great Ocean Road dan merupakan tempat utama para peluncur kerana ia mempunyai sembilan pantai khas untuk meluncur. Sambil anda menunggu untuk meluncur di tepian pantai penuh dengan perkhidmatan spa dan urut kaki. Menu paling popular disini semestinya fish + chips sambil mendengar hembusan angin ombak!
#4 Volcanic Lakes & Plains
Teroka keindahan landskap dari tanah gunung berapi yang kaya dengan kehijaun tumbuhan segar. Bila anda mendaki ke bahagian yang tinggi terserlah tasik dalam volcano yang mempunyai ikan-ikan dipancing oleh penduduk kampung sekitar.
#5 12 Apostles Coast & Hinterland
Terletak dipersisiran jalan Great Ocean Road yang memberi rasa takjub melihat panorama laut dihiasi batuan gergasi. Sediakan kamera anda untuk merakam 12 Apostles, Loch Ard Goge, The Arch, London Bridge dan the Gotto. Buat anda yang suka menghayati saat matahari terbenam, disinilah tempat yang paling mengagumkan untuk melihat.
Dengar cerita Air Asia tengah buat promosi, bolehlah tempah tiket ke Avalon!