Artis terkenal pop Thailand, Jeeranan ‘May’ Kitprasarn bercadang untuk menyaman hospital bedah plastik terkenal di Korea iaitu Seoul’s Grand Plastic Surgery.
Hal ini kerana pembedahan menambah implan payudaranya pada Disember lalu bertukar tragedi. Jeeranan hampir kehilangan nyawa setelah proses pembedahan tersebut terkena jangkitan kuman dalam darah. Menurut darinya lagi dia hanya mempunyai 10% peluang untuk meneruskan hidup.
Jeeranan sanggup terbang ke Seoul dan membayar sebanyak THB800 ribu untuk melakukan pembedahan payudara kononnya bagi memperbaiki postur badan dan menambah keyakinan diri.
Seminggu selepas itu pulang ke Thailand, Jeeranan mengalami pendarahan yang tidak teratur. Namun staf di hospital KTOP Thailand yakni cawangan bagi Seoul’s Grand Plastic Surgery menasihatkan pada Jeeranan itu hanyalah kesan dari pembedahan.
Hingga pertengahan Januari, selepas tiga minggu rasa sakit dan berlaku pendarahan tanpa henti. Payudara Jeeranan juga mengalami nanah dan akhirnya pihak KTOP mengambil keputusan mengeluarkan segera implan. Meninggalkan Jeeranan dalam keadaan koma, memaksa ibunya membawa ke hospital lain dimana Jeeranan disahkan menghidapi jangkitan kuman dalam darah dan sistem imunisasi lemah boleh menyebabkan kematian.
Doktor juga memberitahu payudara Jeeranan tidak dapat diselamatkan yakni tidak dapat memberi susu badan. Bahagian dadanya mempunyai tanda parut besar dan kemungkinan tangan Jeeranan tidak mampu berpusing sehingga 360 darjah seperti biasa.
Peguam Jeeranan kini menyiapkan kertas kerja bagi menuntut pampasan pada kedua-dua hospital. Saman yang bernilai THB20 juta ($600,000) sebagai pemulihan fizikal, emosi dan kewangan Jeeranan.