Mungkin anda terkejut dengan pangkal ‘Mrs’ berbanding ‘Miss’ yang biasa digunakan dalam program ratu cantik. Percayalah kini diadakan program ratu cantik khas untuk para isteri dan ibu di Malaysia iaitu Mrs Malaysia World! Pencarian Mrs Malaysia World bermula dari seluruh negara dan kemudian para finalis akan dipertandingan ke peringkat dunia.
‘Mrs World’ ialah ratu cantik bertaraf antarabangsa yang bermula sejak 30 tahun lalu di La Quinta, California. Ia satu kaedah untuk mendidik peserta tentang kepentingan memberi balik kepada masyarakat. Program ini telah mendapat sambutan sehingga 80 negara dan diangkat sebagai program ratu cantik paling terbaik.
Apa Tugas Mrs Malaysia World?
Peserta akan diadili berdasarkan kebijaksanaan, sikap berdikari, kepimpinan dan komitmen mereka dalam membantu komuniti. Selain itu, Mrs Malaysia World salah satu cara untuk membawa kuasa wanita ke peringkat yang lebih tinggi tidak kira siapa anda.
Syarat Kelayakan Mrs Malaysia World?
Dengan yuran pendaftaran berharga RM500, syarat kelayakan utama ialah wanita yang telah berkahwin berusia lingkungan 21 tahun sehingga 55 tahun. Malah tidak kira kaum, agama atau bangsa anda dialu-alukan untuk memegang nama Mrs Malaysia World.
19 Finalis Mrs Malaysia World 2018
20 Julai lalu telah diumumkan 19 finalis bagi mempersiapkan gelaran Mrs Malaysia World 2018. Mereka terdiri dari wanita berusia 27 hingga 53 tahun berasal dari Johor, Selangor, Sarawak, Melaka, Pahang dan Kuala Lumpur. Para wanita bukan calang-calang, lihatlah latar belakang mereka yang dibawa semuanya dapat memberi saingan hebat.
Acara akhir akan berlangsung pada 29 September melalui dengan tiga kategori iaitu – Best in National Costume, Best In Evening Wear dan Best in Community Work.
Wanista ingin mengucapkan selamat maju jaya pada finalis Mrs Malaysia World 2018 dan supaya usaha murni anda dapat memberi contoh kepada wanita lain!