Berapa ramai yang sanggup melakukan apa yang lelaki Cina ini lakukan pada isteri tersayang?
Wang Xiaomin, 57, seorang suami sanggup mengendong isterinya, 53, yang mengalami kecacatan anggota badan ketika mereka menuruni tangga dari puncak Huangshan, Tapak Warisan Dunia Unesco yang terletak di wilayah Anhui tenggara China.
“Dunia begitu besar dan saya mahu membawanya melihat keindahan supaya dia tidak akan menyesal kelak. Saya mahu memberi dia kehidupan yang lebih bermakna,” jelas Wang kepada South China Morning Post.
Dilaporkan, isteri Wang diagnosis dengan penyakit neuron motor (MND) lima tahun lalu. Penyakit itu mempengaruhi saraf dalam ortak dan taraf tunjang yang bertanggungjawab menyampaikan mesej untuk memberitahu otot anda apa yang perlu dilakukan.
“Saya tahu dia tidak ada harapan besar untuk pulih dari penyakit ini, jadi saya membawa dia keluar untuk melihat dunia, ” katanya lagi.
Buat masa ini, pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata telah menjelajah ke tempat bersejarah seperti Istana Potala di Lhasa dan Hohxil di dataran Tibet. Mereka belum lagi menentukan tempat yang mereka akan pergi akan datang, tetapi Wang dedikasi untuk membawa isterinya di mana sahaja mereka pergi.
Lelaki macam inilah patut para gadis cari untuk dijadikan suami…