Kalau kamu gemar masuk ke gedung popular Jepun yang menjual barangan dan perkakasan rumah Daiso, kamu mesti selalu nampak paket-paket span yang dihiasi makhluk bermata ni betul tak?
Namun dahulu, tak ramai yang tahu betapa ajaibnya span ini sehinggalah baru-baru ini, tular beberapa keping foto dan perkongsian tips berkenaan cara membersihkan barangan kotor semudah ABC dengan hanya gosokkan span yang dipanggil span melamin ini.
Tidak banyak beza dengan span-span pencuci yang lain, tetapi apa yang menjadi perdebatan adalah keupayaan span ini mencuci sebersihnya tanpa memerlukan bantuan agen cucian seperti sabun mahupun produk peluntur. Hanya perlu membasahkan span dengan sedikit air, pengguna cuma perlu menggosok atau mengesat span tersebut pada permukaan yang kotor dan hasilnya… barangan tersebut akan kelihatans seperti barang baru!
Baik kasut putih yang lebam, almari dapur lama, beg tangan yang sudah pudar warnanya mahupun dinding rumah yang dipenuhi contengan, span ini mampu menghilangkannya secara mudah.
Tonton Tutorial Mudah Cuci Permukaan Lebam Guna Span Melamin
Senang kerja korang kan? Tak perlu guna sabun… kesat-kesat je dengan span melanin yang lembap, terus hilang kotoran degil!
Sejak penggunaan span ni viral beberapa minggu lalu, banyak juga stok yang dah habis. Jadi apa kata korang dapatkan cepat sebelum melepas.
Selamat mencuba! ❤