Ramai yang berpendapat individu yang kidal iaitu menggunakan tangan kiri sebagai tangan dominan seorang yang bijak. Apa yang lebih menegaskan tentang perkara ini ialah kebanyakan penama dunia dari orang yang bertangan kiri. Namun tiada kajian yang terperinci menunjukkan orang bertangan kidal lebih bijak atau kreatif dari mereka yang menggunakan tangan kanan.
Jika disekolah dulu penulis terasa cukup teruja bila melihat rakan-rakan yang menulis menggunakan tangan kiri. Ada diantara mereka juga mampu menulis menggunakan dua belah tangan tanpa rasa janggal! Kelebihan itu dipanggil sebagai ambidextrous.
#1 Bertatih
Jangan terus mula dengan menulis seperti biasa. Latihkan tangan kiri anda dengan garisan-garisan, abjad dan nombor. Anda boleh guna buku latihan menulis kanak-kanak untuk membiasakan tangan.
#2 Teknik pegang pen
Selesakan tangan dan jari anda untuk memegang pen atau pensil. Pastikan tangan anda dalam keadaan biasa dan tidak keras kerana cara tersebut lagi membuatkan anda susah untuk menulis. Jangan terlalu stress dan lakukan cubaan secara berkala.
#3 Jangan berhenti
Lakukan latihan menggunakan tangan kiri setiap hari. Ambil masa sekurang-kurang 20 minit hingga 30 minit untuk menulis. Percayalah, practice makes perfect.
#4 Tambah kekuatan
Mungkin selama ini tangan kiri anda dalam keadaan manja tak pernah buat kerja berat kan? Kali ini cuba aktifkan kembali otot tangan kiri supaya ia lebih terbiasa untuk bergerak. Anda boleh tukar aktiviti seperti memberus gigi, membasuh pinggan atau membuka pintu dengan tangan kiri.
#5 Guna Mouse
Iyalah, mungkin anda jarang menulis jadi praktis juga menggunakan tetikus komputer pada tangan kiri anda. Latihan sebegini untuk memberi isyarat pada otak tangan kiri anda juga boleh bergerak sebagai tangan dominan.
#6 Fokus
Jika anda benar-benar mahukan perkara ini pastikan sentiasa fokus serta berlatih. Biar ambil masa lama atau panjang asalkan anda terus selesa menggunakan tangan kiri.
Dalam resume nanti bolehlah tulis kelebihan anda ialah sebagai ambidextrous!