Jika anda mengamalkan tidur dengan kipas maka anda harus menghentikannya sekarang juga.
Kenapa?
Menurut The Sleep Advisor, tidur sambil kipas terbuka untuk membuat bilik lebih sejuk dan segar, ia boleh mengundang debu dan habuk. Tidak bagus jika anda mengalami alergi, asma atau demam.
“Cuba periksa kipas di bilik anda. Jika ia mengampul habuk pada bilah kipas, zarah-zarah tersebut terbang melalui udara setiap kali anda menghidupkannya.
Sebab-sebab lain untuk tidak tidur dengan kipas termasuk fakta bahawa ia boleh mengeringkan serta merosakkan kulit. Bayangkan bila wajah dan tubuh kamu dihinggap habuk halus serta hama tanpa kamu sedari. Bahkan juga menyebabkan saluran hidung tidak selesa. Sekiranya saluran hidung anda menjadi terlalu kering, The Sleep Advisor memberi amaran bahawa tubuh dapat menghasilkan lendir yang berlebihan, sehingga anda merasa seperti tersumbat.
Dan kemudian ada kekejangan otot. “Orang yang tidur dengan angin langsung akan menyebabkan otot sakit dan lemah. Ini kerana udara sejuk boleh membuat otot menjadi tegang dan kejang. Masalah ini sangat biasa bagi yang tidur dekat dengan kipas, lagi-lagi direct ke muka dan leher. Jika anda bangun dengan leher kaku pada waktu pagi, mungkin kerana angin tetap, ” jelas pakar.
Baca: Amalkan! Lihat Apa Jadi Pada Kulit Bila Tidur Dengan “Air Purifier”
Oleh itu, kalau boleh cuba elakkan tidur dengan kipas walaupun anda terpaksa berpanas. Boleh juga cuba tidur sambil tingkap dibuka untuk membiarkan udara luar masuk.
Selamat Beramal!