Asyik layan movie, road trip, apa kata kali ini anda lakukan sesuatu yang ringkas tapi menyeronokkan dan paling penting tak perlu jalan jauh. Bukan anda sahaja yang gembira tapi si BFF turut layan melakukan aktiviti ini, confirm akan ketawa terbahak-bahak setiap kali melakukan sesuatu mission.
Tapi aktiviti apa yang penulis maksudkan? Kalau anda jenis yang layan program variety dari Korea seperti Running Man, Infinite Challenge, BTS Run, Weekly Idol pasti anda biasa lihat permainan yang mereka biasa main, semuanya cukup menghiburkan dan adakala memang gila.
10 pilihan penulis paling best dimain beramai-ramai…
Minum Benda Paling Jijik
Caranya letakkan pelbagai jenis cecair dalam cawan plastik – sebagai contoh menyediakan minuman paling sedap dan satu yang jijik. Setiap seorang akan memilih cawan tanpa label jadi dari situ kita akan tahu siapa yang jenis malang dan bertuah.
Roller Coaster
Tengok klip Lee Kwang Soo, Yoo Jae Seok dan Jee Seokjin di Running Man sahaja kita sudah ketawa tak ingat dunia, inikan pula jika kita naik bersama rakan yang paling pengecut. Mesti anda akan dimaki seminggu.
Rumah Hantu
Terus penulis teringatkan episod Running Man bersama BlackPink Jennie dan Jisoo. Paling comel bila Jennie masuk rumah hantu bersama si pengecut Lee Kwang Soo, sampai menangis dan lemah lutut tak bermaya nak meneruskan permainan.
Telur
Sama ada malang atau tuah! Caranya anda dikehendaki memilih satu telur mengikut giliran – dalam banyak-banyak telur yang dimasak akan ada satu yang mentah, ketuk di kepala untuk mengetahui telur mana yang dipilih.
Pirate Roulette Game
Anda jenis yang bertuah atau malang? Kalau malang, maka permainan ini bukan untuk anda. Tapi kalau ragu-ragu, cuba saja mana tahu tiba-tiba bernasib baik.
Lie Detector
Rasanya program Meletop sudah meniru permainan Lie Detector yang banyak dimain dalam variety Korea. Letak tangan di atas alat tersebut dan nyatakan soalan yang anda ingin tanya. Kalau menipu nasiblah kena arus elektrik, memang terasa kesakitannya.
Stoking Face
Cuba bayangkan maka kamu dan rakan yang comel dipakaikan dengan stokin kaki yang biasa para wanita pakai, pasti buruk jadinya. Itulah yang berlaku pada BTS V dan RM, Lee Kwang Soo – muka daripada sedap mata memandang terus ke buruk yang amat gara-gara stokin. Confirm akan ketawa sampai sakit perut dan muka!
Mafia
Pada awal, ramai yang keliru dengan peraturan game ini tetapi bila di tengah-tengah sudah rasa kehangatan sehingga adakalanya membawa kepada pergaduhan. Caranya dalam satu kumpulan, akan ada mafia yang menjalankan mission khas yang tidak diketahui gerangan orangnya, rakyat atau polis baik hati. Rakyat atau polis perlu bekerjasama untuk menghapuskan mafia.
Lukis & Teka
Siapa yang memang tak ada bakat melukis, memang menyusahkan. Lukis apa yang diberitahu dan orang yang terakhir perlu meneka. Menariknya game ini ialah setiap orang punya cara tersendiri – ada yang melukis penuh terperinci, ada pula dengan klu sahaja, ada yang main hentam keromo kerana memang tak tahu lukis.
Bisik & Teka
Untuk permainan ini anda akan dipakai headphone dengan muzik yang sangat kuat sehingga tidak mendengar langsung, kawan seterusnya perlu meneka dari pergerakan mulut sahaja. Lihat video ini sahaja penulis tak tahan ketawa.
Bukan sahaja dengan teman rapat, malah ketika family day atau company trip pun korang boleh letakkan aktiviti ini dalam senarai itinerary.
Have Fun Lovelies!